Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CHIEF OF DEFENCE FORCE SINGAPORE ARMED FORCES OFFICIAL VISIT TO THE MINISTRY OF DEFENCE BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Friday, 02 February 2024 – The Ministry of Defence received an official visit from His Excellency Vice Admiral Aaron Beng, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces at Bolkiah Garrison this morning. 


Shortly after arrival, His Excellency Vice Admiral Aaron Beng inspected the Guard of Honour comprised of personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF). 


His Excellency Vice Admiral Aaron Beng also met separately with Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Both sides reaffirmed their commitments to continue efforts in strengthening bilateral relations towards contributing to the peace and stability of the region as well as explore opportunities to discuss on areas of mutual interestAs part of the visit programme, the Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces also attended the Sovereign’s Parade Ceremony for the 22nd Intake of Officer Cadets on Thursday, 1st February 2024 held at Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces in Tanah Jambu. 


Brunei Darussalam and Singapore signed the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation in the field of defence in 2016. Both countries enjoy a close and longstanding bilateral defence relationship through visits, professional exchanges, exercises, training and courses. 


The Chief of Defence Force Singapore Armed Forces is on an official visit to Brunei Darussalam from 31st January to 2nd February 2024.









LAWATAN RASMI KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA KE KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 02 Februari 2024 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura di Bolkiah Garison pagi ini.


Sejurus tiba, Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). 


Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng juga mengadakan perjumpaan berasingan kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan ketenteraan dua hala dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau dan berpeluang untuk membincangkan isu-isu yang berkepentingan bersamaSebagai sebahagian dari program lawatan tersebut, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura turut menghadiri Upacara Sovereign’s Parade bagi Pegawai-pegawai Kadet Pengambilan ke-22 pada hari Khamis, 01 Februari 2024 di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kampong Tanah Jambu. 


Dalam bidang pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah memeterai Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 2016. Kedua-dua buah negara mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan sudah lama terjalin yang merangkumi lawatan, pertukaran profesional, eksesais, latihan dan kursus. 


Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan rombongan sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dari 31 Januari hingga 02 Februari 2024.​


Attachments