Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PRESENTATION OF DONATIONS TO ORPHANS AND CHARITABLE AID FOR CIVILIANS STAFF MINISTRY OF DEFENCE



BOLKIAH GARRISON, Friday, 29 March 2024 – The Ministry of Defence held a donation presentation to orphans and charitable aid recipients donated by officers and staff of the Ministry of Defence held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. 


Present to distribute the donation for recipients from the Brunei-Muara and Temburong districts was the Ministry of Defence Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence. Also present were civilian senior leadership, officers and personnel from the Ministry of Defence.


The ceremony began with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil prayers led by Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Religious Officer from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (RBAF JAMA’AT) followed by the presentation of donations and charitable aid to the fellow recipients.


Similar ceremonies were also held concurrently at Penanjong Garrison and Lumut Camp. Present at the ceremony held at Halbi Room, Penanjong Garrison to distribute the donations and charitable aid for recipients from Tutong district was Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Defence. At Public Administration Office, Lumut Camp, the donations and charitable aid for recipients from Belait District was presented by Yang Mulia Alina binti Abang Haji Omarzuki, Acting Director of Administration and Manpower.


For the ceremony this year, a total of 65 orphans received donations and 11 civilian personnel received charitable assistance. The ceremony was held to express a sense of care in helping their expenses in the months of Ramadhan and in preparation for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebration.









MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAN BANTUAN EHSAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 29 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim dan Bantuan Ehsan bagi kakitangan awam Kementerian Pertahanan bertempat di Bolkiah Garison, Majlis yang sama juga diadakan di Penanjong Garison dan Perkhemahan Lumut.


Hadir di majlis penyampaian tersebut yang bertempat di Surau Ad-Difa’ untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima dari daerah Brunei-Muara dan Temburong ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir di majlis tersebut ialah seluruh peringkat kepimpinan awam dan warga Kementerian Pertahanan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan doa Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Pegawai Agama dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) dan diikuti dengan penyampaian derma anak-anak yatim dan bantuan ehsan kepada para penerima.


Majlis yang sama juga diadakan serentak di Penanjong Garison dan Perkhemahan Lumut. Untuk menyampaikan sumbangan bagi penerima-penerima dari daerah Tutong di Bilik Halbi, Penanjong Garison ialah Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Manakala bagi majlis penyampaian derma yang diadakan di Pejabat Pentadbiran Awam, Perkhemahan Lumut, sumbangan derma bagi penerima-penerima dari daerah Belait telahpun disampaikan oleh Yang Mulia Alina binti Abang Haji Omarzuki, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia. 


Seramai 65 orang anak-anak yatim menerima sumbangan derma pada tahun ini disamping 11 orang penerima bantuan ehsan yang terdiri dari kalangan kakitangan awam Kementerian Pertahanan. Majlis diadakan sebagai melahirkan rasa prihatin dalam membantu perbelanjaan mereka semasa bulan Ramadhan dan bantuan ehsan dalam persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.​​


Attachments