BOLKIAH GARRISON, Friday, 17 May 2024 – The Ministry of Defence held the
‘Jiwa Murni Ceremony’, which is a ceremony for the presentation of donations for 55 intending Haj pilgrims of the Ministry of Defence for 1445 / 2024
which comprise 9 military in-service personnel and 30 retired military personnel, while 9 civil servants in service and 7 retirees, held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this morning.
Present at the ceremony to hand over the contributions to the male intending Haj pilgrims was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, whilst his spouse Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili presented the contributions to the female intending Haj pilgrims.
Also present at the ceremony were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and spouse; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; senior leaderships of the Ministry of Defence and RBAF with their spouses, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony was filled, among other things, with
a Tazkirah entitled
‘Meraih Haji Yang Mabrur’ delivered by an officer from the Islamic Da’wah Centre, Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi.
The
Tazkirah presented was to urge Haj pilgrims to make preparations regarding health, spirituality and finances while avoiding negative traits, as these can distance them from Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Therefore, they can perform the Haj pilgrimage with pure hearts, solely dedicated to Allah Subhanahu Wa Ta'ala, because as the Prophet Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam said, "A Haj that is accepted has no reward but Paradise." (Hadith narrated by Tabrani)
The ceremony concluded with Sunnat Hajat prayer and Doa Selamat for the Haj pilgrims, to seek the blessings of Allah Subhanahu Wa Ta'ala so that all intending Haj pilgrims
from Brunei Darussalam at the Ministry of Defence in particular
receive protection, safety, ease in all matters, and are always in good health, and achieve a Mabroor Haj.







MAJLIS JIWA MURNI BAGI BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI 2024/1445H KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 Mei 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan
‘Majlis Jiwa Murni’ iaitu majlis
bagi penyampaian sumbangan untuk 55 bakal-bakal Haji Kementerian Pertahanan bagi tahun 1445 / 2024
yang terdiri daripada 9 anggota tentera dalam perkhidmatan dan 30 pesara tentera, manakala 9 kakitangan awam dalam perkhidmatan dan 7 persara awam, di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pagi tadi,.
Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji lelaki adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, manakala Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji perempuan.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan isteri; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; peringkat kepimpinan Kementerian Pertahanan dan ABDB bersama pasangan masing-masing; serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis diisikan antara lain
dengan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Meraih Haji Yang Mabrur’ yang disampaikan oleh
Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Muhammad Nasyith bin Superi.
Antara intipati tazkirah yang telah disampaikan adalah untuk bagi bakal-bakal jemaah haji membuat persiapan dari segi kerohanian, kesihatan dan kewangan sambil menghindari sifat-sifat mazmumah yang dapat menjauhkan mereka dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan itu, mereka boleh mengerjakan ibadah haji dengan hati yang suci dengan satu tujuan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menjunjung sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam “Haji yang mabrur tiada ganjarannya yang sesuai melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Majlis diakhiri dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan Doa Selamat bagi bakal jemaah Haji bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar kesemua bakal jemaah Haji bagi Negara Brunei Darussalam di
Kementerian Pertahanan
khususnya mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi Haji yang mabrur.