BOLKIAH GARRISON, Monday, 18 November 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, received Colonel Doddy Suhadiman, the outgoing Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam, along with Colonel Gamma Arthadilla Sakti, the incoming Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam for a joint call today.
During the call, Colonel Doddy Suhadiman expressed gratitude for the close and warm bilateral defence relations between the two nations. Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II voiced confidence that the longstanding friendly relations and diverse cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia, especially in defence and military matters, will be further strengthened in the years ahead. Yang Berhormat Pehin also extended his deepest appreciation to Colonel Doddy Suhadiman for his contributions and collaboration throughout his tenure as the Defence Attaché of the Republic of Indonesia since 17 December 2021.
Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II congratulated Colonel Gamma Arthadilla Sakti on his new appointment as Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam. Colonel Gamma Arthadilla Sakti expressed his hopes of strengthening the existing bilateral defence and military cooperation between the two countries.
The defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia has been long established and has grown steadily since the establishment of diplomatic relations on 1 January 1984. Both countries also signed a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 10 April 2003.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE-ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA KE
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 18 November 2024 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada mantan Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Doddy Suhadiman serta Kunjungan Pengenalan daripada Kolonel Gamma Arthadilla Sakti, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baharu pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Kolonel Doddy Suhadiman menyampaikan ucapan penghargaan atas hubungan pertahanan dua hala yang akrab dan rapat di antara kedua-dua buah negara. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menzahirkan keyakinan bahawa hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama wujud di pelbagai peringkat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, terutama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan, akan terus diperkukuhkan pada tahun-tahun yang akan datang. Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kolonel Doddy Suhadiman atas sumbangan dan kerjasama beliau dalam mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan dua hala sejak memegang jawatan pada 17 Disember 2021.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II seterusnya menyampaikan ucapan tahniah kepada Kolonel Gamma Arthadilla Sakti atas lantikan beliau sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. Kolonel Gamma Arthadilla Sakti menyatakan harapannya untuk memperkukuhkan lagi kerjasama pertahanan dan ketenteraan dua hala yang sedia wujud antara kedua-dua buah negara.
Kerjasama pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah sekian lama terjalin dan terus berkembang sejak menjalinkan hubungan diplomasi pada 1 Januari 1984. Kedua-dua buah negara juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 10 April 2003.