Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MEDIA CONFERENCE FOR THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY CELEBRATION

​​​

MUARA NAVAL BASE, Wednesday, 21 May 2024 – A media conference for the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) 64th Anniversary Celebration was held at the Dewan Nahkoda, Naval Training Center, Muara Naval Base. The event served to symbolise and highlight the upcoming RBAF 64th Anniversary Celebration on Saturday, 31s May 2025.

 

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Yang Mulia Captain Abdul Mu'iz Azizi Bin Zulkifli, Officer at the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The media conference session was delivered by Yang Mulia Lieutenant Colonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Spokesperson at the Ministry of Defence. Also present were Yang Mulia Captain Khairil Haji Abdul Rahman, Deputy Commander Royal Brunei Navy as the Chairman of the RBAF 64th Anniversary Celebration, Yang Mulia Commander Mohd Zouhdy bin Haji Abd Razak, Chief Secretariat of the RBAF 64th Anniversary Celebration, Yang Mulia Commander Pengiran Haji Khairul Anwar Bin Pengiran Haji Abu Bakar, Arena Performance Coordinator, Yang Mulia Lieutenant Commander Mohd Adib Faliq bin Mohammad, Security and Traffic Coordinator, and Yang Mulia Lieutenant Siti Nabilah Binti Ramudin, Assistant Coordinator for the Static Exhibition and Bazaar.


The Media Coordination Briefing along with the ‘walkthrough’ session for each segment of the program, was also held to ensure smooth and orderly media coverage throughout the main event day.


The primary objective of the media conference was to serve as a platform for conveying official information to the general public regarding the events planned for the celebration. This includes announcements on traffic management, designated parking areas, shuttle bus services, bazaars, as well as safety and security reminders. Among the event highlights are the Grand Parade, Arena Performances, RBAF Static Displays and Career Exhibition.

 

The general public is warmly welcome to attend with their families to enliven up the upcoming celebration. As an additional information, the Grand Parade will be on live streaming aired via RTB Sukmaindra and RTB Perdana, online through RTB Go Live at www.rtgo.bn and over the radios via RTB Nasional and RTB Pilihan.

 

For more information and the latest updates on the celebration, the general public may follow the official Ministry of Defence social media account on Instagram @mindefbrunei and visit the official website at www.mindef.gov.bn.











SIDANG MEDIA BAGI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64

 

PANGKALAN TENTERA LAUT, Rabu, 21 Mei 2024 – Sidang media bagi Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-64 telah berlangsung di Dewan Nahkoda, Pusat Latihan Tentera Laut, Pangkalan Muara Tentera Laut Diraja Brunei. Acara tersebut bertujuan untuk menyemarakkan dan mengetengahkan sambutan yang bakal berlangsun pada hari Sabtu, 31 Mei 2025.

 

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu’iz Azizi Bin Zulkifli, Pegawai Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Sesi sidang media telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Jurucakap Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Yang Mulia Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) selaku Pengerusi Tertinggi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64, Yang Mulia Komander Mohd Zouhdy bin Haji Abd Razak, Ketua Urus Setia Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64, Yang Mulia Komander Pg Haji Khairul Anwar Bin Pg Haji Abu Bakar, Penyeleras Persembahan Arena, Yang Mulia Leftenen Komander Mohd Adib Faliq bin Mohammad, Penyelaras Sekuriti dan Lalulintas dan Yang Mulia Leftenan Siti Nabilah Binti Ramudin, Penolong Penyeleras Pameran Statik dan Bazaar.


Taklimat Koordinasi Media Bersama sesi ‘walkhthough’  ke setiap segmen aturcara turut diadakankan bagi memastikan koordinasi liputan media yang lancar dan teratur sepanjang hari kemuncak nanti.

  

Matlamat utama sidang media ini adalah sebagai wadah pemberigaan maklumat rasmi kepada orang ramai mengenai acara-acara yang bakal berlangsung semperna sambutan tersebut. Antaranya termasuk pengumuman mengenai kawalan lalulintas, lokasi kawasan-kawasan letak kereta yang dikhaskan, perkhidmatan bas ulang-alik, bazaar jualan, serta peringatan keselamatan dan sekuriti. Antara acara-acara utama yang bakal berlangsung ialah Upacara Perbarisan Raksasa, Persembahan Arena, Pameran Statik, dan Pemeran Kerjaya ABDB.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung beramai-ramai bersama keluarga bagi memeriahkan lagi suasana sambutan itu nanti. Sebagai makluman tambahan, Upacara Perbarisan Raksasa akan disiarkan secara langsung melalui saluran RTB Sukmaindra dan RTB Perdana, serta secara dalam talian melalui RTB Go Live di laman sesawang www.rtbgo.bn, dan juga melalui siaran radio di RTB Nasional dan RTB Pilihan. 

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai sambutan ini, orang ramai bolehlah mengikuti akaun media sosial rasmi Kementerian Pertahanan di Instagram @mindefbrunei dan melayari ​laman sesawang rasmi di www.mindef.gov.bn.​


Attachments