
PENANJONG GARRISON, Wednesday, 22 October 2025 – The Second Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Training Conference 2025, themed
“Balancing the Edge: Evolution in Training and a Safety-Driven Environment,” concluded today at the Evolution Centre, Training Institute RBAF (TI RBAF), after two days of enriching discussions, professional exchange, and collaborative engagement among Brunei’s defence training community and partner agencies.
The Opening Ceremony on 21 October was officiated by Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjeffrie bin Pengiran Haji Mohammad Ja’afar, Commandant of the Training Institute RBAF, who in his keynote address highlighted the need for evolving training approaches to address complex defence challenges while upholding safety as a core value.The Commandant also welcomed representatives from various local and international agencies including the Fire and Rescue Department, Internal Security Unit, Land Transport Department, Singapore Armed Forces, Gurkha Security Unit, British Forces Brunei, Safety, Health and Environment National Authority (SHENA), and Brunei Engineering, Logistics and Training Solutions (BELTS), among others.
Throughout the two-day programme, participants took part in fireside plenary sessions, syndicate discussions, and case study presentations exploring key issues such as training evolution, safety frameworks, leadership development, and inter-agency interoperability. The sessions encouraged active dialogue and knowledge sharing, underscoring the importance of safety and adaptability in modern military training. The conference also featured exhibits and presentations showcasing innovations and best practices in training safety and risk management.
The Closing Ceremony was officiated by Captain Haji Norbahrin bin Haji Muamad, RBN, Head of Inspectorate Unit, RBAF, who who commended the Training Institute for organising a meaningful platform that promotes open dialogue and innovation in training. He noted that insights from the conference will contribute to refining RBAF’s training doctrine and policy, supporting continued efforts toward organisational excellence and resilience.Participants expressed optimism that continued collaboration between the RBAF and other national security agencies will further strengthen inter-agency training standards and ensure that Brunei’s armed forces remain capable, resilient, and prepared for emerging challenges.
Held from 21 to 22 October 2025 at the Evolution Centre, Training Institute RBAF, the conference brought together military and civilian training stakeholders under one vision — to balance progress in training with a strong culture of safety and shared commitment to national defence readiness.







THE SECOND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TRAINING CONFERENCE 2025 BERAKHIR DENGAN JAYANYA DI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Oktober 2025 –
The Second Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2025 yang bertemakan
“Balancing the Edge: Evolution in Training and a Safety-Driven Environment” telah melabuhkan tirainya hari ini di Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) setelah berlangsung selama dua hari dengan pelbagai perbincangan yang bernas, pertukaran profesional, serta penglibatan kolaboratif antara komuniti latihan pertahanan negara dan agensi-agensi rakan kongsi.
Majlis Pembukaan Rasmi yang berlangsung pada 21 Oktober telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjeffrie bin Pengiran Haji Mohammad Ja’afar, Komandan IL ABDB yang dalam ucapan utamanya menekankan keperluan untuk memperkembangkan pendekatan latihan bagi menghadapi cabaran pertahanan yang semakin kompleks, sambil memastikan aspek keselamatan kekal menjadi nilai teras dalam setiap peringkat pendidikan dan pembangunan ketenteraan. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan, sama ada dari dalam mahupun luar negara.Beliau turut mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Darat, Angkatan Bersenjata Singapura, Unit Sekuriti Gurkha, Pasukan Tentera British di Brunei,
Safety, Health and Environment National Authority (SHENA), serta
Brunei Engineering, Logistics and Training Solutions (BELTS).
Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta telah mengikuti sesi perbincangan santai, plenari, perbincangan sindiket dan pembentangan kajian kes yang menumpukan kepada topik-topik utama seperti evolusi latihan, rangka kerja keselamatan, pembangunan kepimpinan serta kerjasama antara agensi. Sesi-sesi tersebut telah menggalakkan perkongsian ilmu dan dialog yang aktif, sekaligus menegaskan kepentingan keselamatan dan kebolehsuaian dalam latihan ketenteraan masa kini. Konferensi ini turut menampilkan pameran dan pembentangan yang mengetengahkan inovasi serta amalan terbaik dalam keselamatan dan pengurusan risiko latihan.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Kapten Haji Norbahrin bin Haji Muamad, TLDB, Ketua Unit Inspektorat ABDB, yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Institut Latihan atas kejayaan menganjurkan platform bermakna yang memupuk dialog terbuka serta inovasi dalam latihan. Beliau turut menegaskan bahawa dapatan dan saranan daripada konferensi ini akan menyumbang secara langsung kepada penambahbaikan doktrin dan dasar latihan ABDB, sejajar dengan usaha berterusan ke arah kecemerlangan dan ketahanan organisasi.
Para peserta turut menyuarakan keyakinan bahawa kerjasama berterusan antara ABDB dan agensi-agensi keselamatan negara akan terus memperkukuh piawaian latihan antara agensi serta memastikan ABDB kekal cekap, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Persidangan yang berlangsung dari 21 hingga 22 Oktober 2025 di Pusat Evolusi, IL ABDB, telah berjaya menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam latihan ketenteraan dan awam di bawah satu matlamat bersama — bagi memperkukuh kemajuan latihan yang seimbang dengan budaya keselamatan dan komitmen bersama terhadap kesiapsiagaan pertahanan negara.