Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HALF-MARATHON AND 10KM RACE 2025



BOLKIAH GARRISON, Sunday, 26 October 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held the RBAF Half-Marathon and 10km Race 2025, which took place at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison.


The participating units in this year’s championship were the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and the combined team from the Ministry of Defence comprising personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters RBAF (JFHQ RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF), and Training Institute RBAF (TI RBAF).


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were Members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, Officers, and personnel of the RBAF.


A total of seven categories were contested in this year’s championship. For the men’s division, the events included the 21km Team Event, 10km Open Event, and 10km Veteran Open Event. Meanwhile, for the women’s division, the contested events were the 21km Open Event, 10km Team Event, 10km Open Event, and 10km Veteran Open Event.


In addition to the main events, a 12.6km cycling activity along the Bandar Ku Ceria route was held, joined by the Commander of the RBAF, Officers, personnel, and their families. A 5km Fun Run and 2.6km Walkathon were also organised to promote wider participation among RBAF personnel and their families, adding vibrancy to the championship atmosphere.


In the Men’s 21km Team Event, this year’s championship title was claimed by the RBLF, followed by the Combined Team and the RBN in second and third places respectively. Meanwhile, in the Women’s 10km Team Event, the RBLF emerged as champion, with the RBAirF as runner-up and the Combined Team in third place.


For the individual events, the winners of the Men’s 10km Open Event were Corporal Ak Khairul Amry bin Pg Azmi from RBLF in first place, followed by Corporal Haziq Syazwan bin Hermanti from the combined team and Corporal Muhammad Iqram bin Hamdani from RBLF. In the Men’s 10km Veteran Event, Staff Sergeant Mohamad Azrol bin Haji Awang Aji from the combined team secured the top position, with Warrant Officer 2 Awang Tengah bin Awang Haji Hassan the combined team and Sergeant Md Herdey Bin Arbi from RBLF placing second and third respectively. Meanwhile, in the Women’s 21km Open Event, Lieutenant Wan Syamimi Alya’a Filzah Binti Zulkiflee, RBN came in first, followed by Lance Corporal Stephenie binti Batong from RBLF and Lance Corporal Neilly binti Yakup from RBLF. The Women’s 10km Open Event was won by Private Nuraniqahafiqah binti Mohd Yunos from RBLF, with Private Nurhayatul Ain binti Sukaimi from RBLF and Private Nur Atiqah Tsara binti Rudiman, RBN as second and third place finishers, while the Women’s 10km Veteran Event saw Lieutenant Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, RBN taking the championship title, followed by Warrant Officer 2 Nur Afiza binti Mohd Azamin from the combined team and Major Khairani binti Hj Noor Ismadi from RBLF.


This annual championship serves to foster sportsmanship, promote a healthy lifestyle, and strengthen camaraderie among RBAF personnel and their families, in line with the RBAF’s continuous efforts to encourage holistic well-being and unity among its members.









KEJOHANAN HALF MARATHON DAN LARIAN 10KM ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2025


BOLKIAH GARISON, Ahad, 26 Oktober 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan Kejohanan Half Marathon dan Larian 10km ABDB bagi tahun 2025 yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.


Unit-unit yang menyertai kejohanan pada tahun ini ialah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) serta pasukan gabungan Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada anggota Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB).


Hadir selaku Tetamu Kehormat pada kejohanan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan anggota-anggota ABDB.


Sebanyak tujuh kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan pada tahun ini. Bagi kategori lelaki, acara yang dipertandingkan termasuk Acara Berpasukan 21km, Acara Terbuka 10km dan Acara Veteran Terbuka 10km. Manakala bagi kategori wanita, acara yang dipertandingkan ialah Acara Terbuka 21km, Acara Berpasukan 10km, Acara Terbuka 10km dan Acara Veteran Terbuka 10km.


Selain daripada acara utama, turut diadakan aktiviti berbasikal sejauh 12.6km melalui laluan Bandar Ku Ceria yang disertai oleh Pemerintah ABDB, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota ABDB, serta keluarga masing-masing. Acara Fun Run sejauh 5km dan Walkathon sejauh 2.6km juga turut diadakan bagi menggalakkan penyertaan daripada warga ABDB dan keluarga, sekaligus memeriahkan suasana kejohanan.


Bagi Acara Berpasukan 21km Lelaki, johan disandang oleh TDDB, diikuti oleh pasukan gabungan dan TLDB masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, bagi Acara Berpasukan 10km Wanita, johan dimenangi oleh TDDB, dengan TUDB sebagai naib johan dan pasukan gabungan di tempat ketiga.


Bagi acara individu, pemenang bagi Acara Terbuka 10km Lelaki ialah Koperal Ak Khairul Amry bin Pg Azmi dari TDDB di tempat pertama, diikuti oleh Koperal Haziq Syazwan bin Hermanti dari pasukan gabungan dan Koperal Muhammad Iqram bin Hamdani dari TDDB. Dalam Acara Veteran Terbuka 10km Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Staf Sarjan Mohamad Azrol bin Haji Awang Aji dari pasukan gabungan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Pegawai Waran 2 Awang Tengah bin Awang Haji Hassan dari pasukan gabungan dan Sarjan Md Herdey Bin Arbi dari TDDB. Sementara itu, dalam Acara Terbuka 21km Wanita, Leftenan Wan Syamimi Alya’a Filzah Binti Zulkiflee, TLDB berjaya mendapat tempat pertama diikuti oleh Lans Koperal Stephenie binti Batong dari TDDB dan Lans Koperal Neilly binti Yakup dari TDDB. Acara Terbuka 10km Wanita pula dimenangi oleh Soldadu Nuraniqahafiqah binti Mohd Yunos dari TDDB di tempat pertama, diikuti oleh Soldadu Nurhayatul Ain binti Sukaimi dari TDDB dan Laskar Nur Atiqah Tsara binti Rudiman, TLDB, masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Manakala bagi Acara Veteran Terbuka 10km Wanita, johan disandang oleh Leftenan Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, TLDB, diikuti oleh Pegawai Waran 2 Nur Afiza binti Mohd Azamin dari pasukan gabungan dan Mejar Khairani binti Hj Noor Ismadi dari TDDB.


Kejohanan tahunan ini berperanan untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat serta mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga ABDB dan keluarga masing-masing, selaras dengan usaha berterusan ABDB dalam menggalakkan kesejahteraan dan perpaduan secara menyeluruh.


Attachments