
KAMPONG TANAH JAMBU,
Wednesday, 26
November 2025 – A total of 37 local and international officers received their certificates today upon successfully completing the 15th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC) during a Closing Ceremony held at the Defence Academy RBAF (DA RBAF).
The year’s course was attended by officers from the Ministry of Defence, the Royal Brunei Police Force (RBPF), as well as 19 international military officers from 15 countries, namely Australia, the Kingdom of Bahrain, the People’s Republic of Bangladesh, the People's Republic of China, the Republic of Indonesia, The Hashemite Kingdom of Jordan, Malaysia, the Sultanate of Oman, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, the Kingdom of Saudi Arabia, the Republic of Singapore, the Kingdom of Thailand, the United Kingdom, and the United States of America.
Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II.
Also in attendance were members of Defence and RBAF Executive Committees, the Commissioner Police of the RBPF, Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), Ambassadors/High Commissioners to Brunei Darussalam, Resident and Non-Resident Defence Advisers and Attachés accredited to Brunei Darussalam, Directors, Commandants, UBD faculty members, as well as senior officers of the Ministry of Defence.
In his closing speech, the Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II emphasised the importance of continuous professional development in addressing complex and evolving security challenges. He also announced the upgrading of the Command and Staff Course to the Master of Defence and Security Studies (MDSS) programme through a strategic partnership with UBD.
The 46 weeks programme is designed to strengthen critical thinking, joint operations, ethical leadership, and effective communication. Two new modules were introduced to elevate academic standards: the Military Capability Module, which develops a holistic understanding of capability development and acquisition; and the Defence and Security Research Exercise, which requires a 15,000-word research paper to develop research proficiency and analytical skill.
The core modules remain robust and relevant, including Governance, Command, Leadership and Management Module, runs throughout all terms to build vision, integrity, resource stewardship, and crisis leadership. The enhanced Joint Warfare Module incorporates War Studies and deepens operational planning through realistic joint scenario exercises. “Leadership is a lifelong journey. Knowledge and skills will serve you, but your attitude, sense of responsibility, and commitment to excellence will define your legacy,” said the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.
The Minister also expressed pride in welcoming the first-ever participation from the Kingdom of Bahrain, bringing the total number of participating countries that have participated in the programme since its inception in 2010 to 20 countries. This milestone clearly substantiate the RBAF Defence Academy’s prominence while also underscoring the importance of defence diplomacy in strengthening international friendships and regional security cooperation.
A total of four recognition awards were presented to outstanding course participants this year. The Overall Excellence Award was presented to Major Alexander F. Coffiey from the United States of America, while the Academic Excellence Award was presented to Major Chia Wei Peng, Fabian from the Republic of Singapore. Meanwhile, the RBAF Commendation Award was presented to Major (U) Muhammad Adib Bin Haji Hashim from the Royal Brunei Air Force, and the Commandant's Award was presented to Major Pengiran Abdul Rahim Bin Pengiran Haji Yakup from the Defence Academy RBAF.
The 46-week course, delivered in partnership with UBD, aims to broaden participants' perspectives and professional knowledge, both practically and academically, while deepening the understanding of the current strategic environment and its implications on defence and security roles.
Since its establishment, the RBAF CSC has produced 480 graduates, including 215 international officers.


37 PEGAWAI
MENAMATKAN KURSUS MAKTAB TURUS ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-15
KAMPONG TANAH JAMBU, Rabu, 26 November 2025 – Seramai 37 pegawai tempatan dan antarabangsa hari ini telah menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sesi ke-15 dalam Majlis Penutup yang berlangsung di Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB).
Kursus kali ini disertai oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), serta 19 pegawai tentera antarabangsa daripada 15 buah negara iaitu Australia, Kerajaan Bahrain, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Kerajaan Hasyimiah Jordan, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Kerajaan Arab Saudi, Republik Singapura, Kerajaan Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan ABDB, Pesuruhjaya Polis, PPDB, Naib-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Duta Negara/Pesuruhjaya Tinggi Negara ke Negara Brunei Darussalam, Penasihat-penasihat dan Atase-atase Pertahanan yang menetap dan tidak menetap di Negara Brunei Darussalam, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, Ahli-ahli Fakulti UBD dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.
Dalam ucapan penutupnya, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menekankan kepentingan pembangunan profesional berterusan bagi menangani cabaran keselamatan yang kompleks dan sentiasa bergolak. Yang Berhormat Menteri turut mengumumkan penaiktarafan Kursus Maktab Turus kepada program Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan
(MDSS) melalui rakankongsi strategik dengan UBD.
Program selama 46 minggu ini dirangka bagi memperkukuh pemikiran kritikal, operasi bersama, kepimpinan beretika, dan komunikasi berkesan. Dua modul baharu turut diperkenalkan bagi meningkatkan piawaian akademik iaitu Modul Keupayaan Ketenteraan yang memberi kefahaman holistik mengenai pembangunan dan perolehan keupayaan; dan Latihan Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan yang mewajibkan penulisan kertas penyelidikan sepanjang 15,000 patah perkataan untuk mengasah kemahiran penyelidikan dan analitik peserta.
Modul-modul utama pengajian kekal relevan dan kukuh iaitu Modul Tadbir Urus, Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan, yang dilaksanakan sepanjang semua penggal bagi membina visi, integriti, tadbir urus sumber, dan kepimpinan ketika krisis. Modul Peperangan Bersama yang dipertingkatkan memuatkan Pengajian Perang dan memperdalam perancangan operasi melalui scenario latihan bersama yang realistik. “Kepimpinan ialah perjalanan seumur hidup. Ilmu dan kemahiran akan membantu awda, tetapi sikap, rasa tanggungjawab, dan komitmen terhadap kecemerlangan yang akan menentukan legasi awda,” ucap Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri turut melahirkan rasa bangga atas penyertaan buat julung kalinya dari Kerajaan Bahrain, menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan dari negara-negara sahabat meningkat kepada 20 buah negara sejak penubuhan Maktab Turus ABDB pada tahun 2010. Pencapaian ini jelas mengesahkan kewibawaan Akademi Pertahanan ABDB dan pada masa yang sama menegaskan betapa pentingnya diplomasi pertahanan dalam memperkukuh hubungan persahabatan antarabangsa dan kerjasama keselamatan serantau.
Sebanyak empat anugerah pengiktirafan disampaikan kepada peserta kursus pada tahun ini. Anugerah Overall Excellence telah dianugerahkan
kepada Mejar Alexander F. Coffiey dari Amerika Syarikat, manakala Anugerah Academic Excellence telah dianugerahkan kepada Mejar Chia Wei Peng, Fabian dari Republik Singapura. Sementara itu, Anugerah RBAF Commendation telah dianugerahkan kepada Mejar (U) Muhammad Adib Bin Haji Hashim dari Tentera Udara Diraja Brunei, dan Anugerah Komandan telah dianugerahkan kepada Mejar Pengiran Abdul Rahim Bin Pengiran Haji Yakup dari Akademi Pertahanan ABDB.
Kursus yang dijalankan selama 46 minggu ini dikendalikan dengan kerjasama UBD ini bertujuan untuk memperluas perspektif dan pengetahuan profesional peserta secara praktikal dan akademik, disamping mendalami pemahaman mengenai persekitaran strategik semasa dan kesannya terhadap peranan pertahanan dan keselamatan. Sejak ianya ditubuhkan, Maktab Turus ABDB telah melahirkan 480 graduan, termasuk 215 pegawai antarabangsa.