LONDON, UNITED KINGDOM, Tuesday, 25 November 2025 – Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General, represented the Ministry of Defence at the Women in Defence UK Awards Dinner 2025, held at the London Hilton on Park Lane, United KIngdom.
Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini was nominated and shortlisted as a finalist for the International Award, a category that recognizes who have demonstrated excellence and made significant contributions in supporting and advancing the defence sector in their respective countries. Her shortlisting as a finalist reflects her distinguished leadership, unwavering commitment, and vital role in strengthening defence cooperation and advancing the development of women in Brunei Darussalam’s defence sector.
This year, Women in Defence UK recognized of 33 finalists across 11 award categories. The winners of each category were announced during the Awards Dinner, which was attended by senior dignitaries, defence leaders, and representatives from international defence organisations.
The shortlisting of Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini as a finalist marks a historic milestone for Brunei Darussalam, as she becomes the first female officer in the history of the Ministry of Defence to receive recognition at the international level under this prestigious award. This honour acknowledges her contributions in military legal affairs, policy development, and Brunei Darussalam’s active engagement in defence diplomacy.
PEGAWAI KANAN WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DI WOMEN IN DEFENCE UK AWARDS DINNER 2025
LONDON, UNITED KINGDOM, Selasa, 25 November 2025 – Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera, telah mewakili Kementerian Pertahanan di Women in Defence UK Awards Dinner 2025 yang telah berlangsung di London Hilton on Park Lane, United Kingdom.
Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini telah dicalonkan dan tersenarai pendek sebagai finalis bagi kategori International Award, iaitu kategori yang memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita yang mempamerkan kecemerlangan serta sumbangan signifikan dalam menyokong dan memajukan sektor pertahanan di negara masing-masing. Pemilihan beliau sebagai finalis mencerminkan kepimpinan berwibawa, komitmen yang tidak berbelah bahagi, serta peranan penting beliau dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan memajukan pembangunan wanita dalam sektor pertahanan Negara Brunei Darussalam.
Pada tahun ini, Women in Defence UK telah mengiktiraf seramai 33 finalis bagi 11 kategori anugerah. Pemenang setiap kategori telah diumumkan pada majlis Awards Dinner yang dihadiri oleh pembesar-pembesar utama, pemimpin kanan pertahanan serta wakil-wakil daripada organisasi pertahanan antarabangsa.
Penyenaraian Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini sebagai finalis menandakan satu detik bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam, menjadikan beliau Pegawai wanita pertama dalam sejarah penubuhan Kementerian Pertahanan yang menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa di bawah anugerah yang berprestij ini. Penghormatan tersebut mengiktiraf jasa beliau dalam bidang perundangan tentera, pembangunan dasar, serta penyertaan aktif Negara Brunei Darussalam dalam diplomasi pertahanan.