Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE MINISTRY OF DEFENCE PARTICIPATED IN THE NIGHTLY TADARUS AL-QURAN FUNCTION DURING RAMADAN AT ISTANA NURUL IMAN 1447 HIJRAH/2026 MASIHI



BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 19 February 2026 — The nightly bertadarus (Qur'anic recitation) sessions for the month of Ramadan for the year 1447H/2026M took place at Istana Nurul Iman at the Surau of Istana Nurul Iman.

Also in attendance at the ceremony were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, and the Commissioner Police of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin. Those present included senior officers, officers and personnel from the uniformed services of the Royal Brunei Armed Forces, the Royal Brunei Police Force, the Department of Immigration and National Registration, the Prisons Department, the Royal Customs and Excise Department, the Fire and Rescue Department, as well as officers and religious teachers from the Ministry of Religious Affairs.

The ceremony began with congregational prayers, Isya' prayer, followed by the Tarawih and Witr prayers. This was followed by the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang. The programme was further enhanced by a tazkirah entitled 'Hidupkan Bulan Ramadhan dengan Asmaul Husna: Ar-Rahman', delivered by Awang Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang, an officer from the Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs. In a separate prayer hall for the female congregation, the tazkirah was delivered by Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang, also an officer from the Islamic Da'wah Centre.

The ceremony continued with a tadarus of the Qur'an and concluded with the recitation of the prayer Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 






 

KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI MAJLIS TADARUS AL-QUR'AN MALAM-MALAM RAMADHAN DI ISTANA NURUL IMAN 1447 HIJRAH/2026 MASIHI

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Februari 2026 – Majlis bertadarus malam-malam bulan Ramadan bagi tahun 1447H/2026M bertempat di Istana Nurul Iman bagi malam pertama di Surau Istana Nurul Iman, di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin. Turut hadir pada malam tersebut adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota daripada pasukan-pasukan beruniform daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasokan Polis Diraja Brunei, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran, Jabatan Penjara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pegawai-pegawai dan guru ugama dari Kementerian Hal-Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak, Sembahyang Sunat Tarawih dan Sembahyang Sunat Witir secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang. Seterusnya, majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Hidupkan Bulan Ramadhan dengan Asmaul Husna: Ar-Rahman' yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang, Pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal-Ehwal Ugama. Sementara itu, di surau berasingan bagi jemaah perempuan, tazkirah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah.

Majlis disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


Attachments