Skip Ribbon Commands
Skip to main content
print
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES JOINT COURTESY CALL FROM NEWLY APPOINTED AMBASSADOR OF BRUNEI DARUSSALAM TO THE ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN AND HIGH COMMISSIONER OF BRUNEI DARUSSALAM TO THE ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 27 October 2021 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, received a joint courtesy call from newly appointed Brunei Darussalam envoys, His Excellency Awang Haji Ismail bin Haji Abdul Manap, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Islamic Republic of Iran; and His Excellency Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan, High Commissioner of Brunei Darussalam to the Islamic Republic of Pakistan today.


During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II congratulated Their Excellencies on the occasion of their new appointments. Yang Berhormat Minister of Defence II also welcomed the friendly defence relations between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan, as well as Islamic Republic of Iran. Furthermore, Yang Berhormat Minister of Defence II and Their Excellencies expressed their hope to enhancing and strengthening defence cooperation between the countries.

Both Their Excellencies received their Letters of Credence from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on the 11th of October 2021. 
Prior to their new appointments, His Excellency Haji Ismail bin Haji Abdul Manap served as Brunei Darussalam's Ambassador to the Kingdom of Thailand, while His Excellency Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan served as Brunei Darussalam's Ambassador to the Islamic Republic of Iran.





MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE REPUBLIK ISLAM IRAN DAN PESURUHJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE REPUBLIK ISLAM PAKISTAN BAHARU

BOLKIAH GARISON, Rabu, 27 Oktober 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima Kunjungan Muhibah daripada Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam luar negara yang baharu dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Awang Haji Ismail bin Haji Abdul Manap, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Iran; dan Tuan Yang Terutama Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan hari ini.

Semasa Kunjungan Muhibah tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan-Tuan Yang Terutama di atas pelantikan jawatan baharu mereka. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga mengalu-alukan hubungan baik pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Islam Pakistan dan Republik Islam Iran. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Tuan-Tuan Yang Terutama seterusnya turut menyuarakan hasrat bagi hubungan kerjasama pertahanan antara negara-negara tersebut untuk diperluas dan diperkukuhkan.

Kedua-dua Perwakilan Negara Brunei Darussalam tersebut menerima Surat-surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021 yang lalu.
 
Sebelum pelantikan baharu ini, Tuan Yang Terutama Haji Ismail bin Haji Abdul Manap telah berkhidmat sebagai Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Thailand, manakala Tuan Yang Terutama Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan berkhidmat sebagai Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Iran.



Attachments