RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 13 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Nisfu Sya'aban 1446 Hijrah and the presentation of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam's personal gift of dates (Kurma Kurnia Peribadi) to representatives of the RBAirF in conjunction with the upcoming holy month of Ramadhan. The ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present to commemorate the evening was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Acting RBAirF Sergeant Major, and airmen together with civilian congregants.
The event commenced with a mass Maghrib prayer led by Imam Fathur Rahman bin Haji Matali followed by three recitations of Surah Yaasin and Doa Khusus to mark Nisfu Sya'aban led by Sergeant (U) Haji Khairul Arifin bin Rosli before concluding with a mass Fardhu Isya' prayer.
The Nisfu Sya'aban event aimed to encourage officers and airmen of the RBAirF to heighten their deeds, seek Allah Subhanahu Wata'ala's forgiveness and blessings during the night of Nisfu Sya'aban, a night that is full of blessings and prosperity for all Muslims
The event then continued with the distribution of dates by the Commander of RBAirF to the Board of Executives, Commanding Officers and Acting Air Force Sergeant Major. The distribution of these personal gift dates symbolises the love and care of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in performing religious acts in conjunction with the upcoming month of Ramadhan.



TUDB MENGADAKAN ACARA KEAGAMAAN SEMPENA MALAM NISFU SYA'ABAN DAN PENGAGIHAN KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 13 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Nisfu Sya'aban 1446 Hijrah serta penyampaian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada wakil-wakil TUDB sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Majlis tersebut berlangsung di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir bagi menyemarakkan majlis ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pemangku Sarjan Mejar Tentera Udara serta anggota tentera udara dan jemaah awam.
Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Fathur Rahman bin Haji Matali, diikuti dengan tiga kali bacaan Surah Yaasin serta Doa Khusus sempena Nisfu Sya'aban yang dipimpin oleh Sarjan (U) Haji Khairul Arifin bin Rosli sebelum diakhiri dengan solat fardhu Isya' secara berjemaah.
Majlis Nisfu Sya'aban ini bertujuan untuk menggalakkan pegawai dan anggota TUDB meningkatkan amal ibadah, memohon keampunan serta keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi yang disempurnakan oleh Pemerintah TUDB kepada Ahli Lembaga Eksekutif, Pegawai-Pegawai Pemerintah dan Pemangku Sarjan Mejar Tentera Udara. Penyampaian kurma ini melambangkan kasih sayang serta keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menggalakkan amalan keagamaan menjelang bulan suci Ramadhan.

