BOLKIAH GARISON, Rabu 4 Mac 2015 – Kementerian Pertahanan mengadakan Perlawanan Peringkat Akhir Kejohanan Futsal Tahun 2015 bagi peringkat Awam pada petang ini bertempat di Dewan Serbaguna Bolkiah Garison.
Perlawanan Peringkat Akhir Kejohanan Futsal pada petang ini adalah bagi Kategori Veteran dan Terbuka. Perlawanan bagi Kategori Veteran telah dimenangi oleh Pasukan TEMD Udara selepas menentang Pasukan Berakas Kem dengan jaringan 3-0.
Manakala Kategori Terbuka telah dimenangi oleh Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) selepas menewaskan Pasukan Pejabat Pentadbiran Awam Penanjong Kem (PPA Penanjong Kem dengan jaringan 2-0.
Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Awang Muhd Shahrul Nizzzam bin Umar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan).
Kejohanan Futsal ini diadakan selama 3 hari dimana hari pertama pada pada 18 Februari 2015 adalah Perlawanan Seringan bagi Kumpulan A dan Perlawan bagi Kategori Veteren; pada 25hb Februari 2015 adalah Perlawanan Seringan bagi Kumpulan B dan hari ini, 4 Mac 2015 merupakan Perlawanan Peringkat Akhir bagi Kategori Veteren dan Terbuka.
Objektif kejohanan ini selain dari mengeratkan tali silaturahim dikalangan Pegawai dan Kakitangan Awam di Jabatanarah-Jabatanarah, ianya bertujuan untuk menggalakan Pegawai dan Kakitangan Jabatanarah-Jabatanarah giat dalam bersukan dan untuk menilai pemain-pemain yang berpotensi bagi mewakili Pasukan Futsal, Kementerian Pertahanan.
Kejohanan Futsal ini terbahagi kepada 2 Kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Veteran (45 Tahun ke atas).
Kategori Terbuka diwakili oleh 11 pasukan yang dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan: Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A terdiri dari Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap (Urusetia), Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan (DFA), Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (DDWS) dan Pejabat Pentadbiran Awam Tentera Udara (PPA TUDB).
Sementara Kumpulan B terdiri daripada Jabatanarah Dasar Pertahanan (JDP), Pejabat Pentadbiran Awam Penanjong Kem (PPA Penanjong Kem), Pejabat Pentadbiran Awam Berakas Kem (PPA Berakas Kem), Pejabat Pentadbiran Awam Tutong Kem (PPA Tutong Kem), Pejabat Bahagian Ugama – (Bahagian Ugama) dan Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (TEMD Muara).
Manakala Katergori Veteren diwakili dari 3 Pasukan iaitu Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (TEMD UDARA), Pejabat Pentadbiran Awam Berakas Kem (PPA Berakas Kem) dan Pejabat Pentadbiran Awam Tutong Kem (PPA Tutong Kem).



