Skip Ribbon Commands
Skip to main content
WORKING VISIT BY JOINT FORCE COMMANDER, ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TO MALAYSIAN BATTALION 850-9 UNITED NATIONS INTERIM FORCE IN LEBANON


UNP 2-1 MARAKAH Camp, South Lebanon, Monday, 2 May 2022 - Brigadier General (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander of the Royal Brunei Armed Forces (JFC RBAF) made a two-day working visit alongside Yang Berhormat Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Deputy Minister of Defence of Malaysia, to the Malaysia Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) at UNP 2-1 Marakah Camp, South Lebanon. 

Also accompanying the Malaysia delegation was Yang Berbahagia Lieutenant General Dato' Indera Hj Yazid Bin Hj Arshad, TUDM, the Malaysian Joint Force Commander, Malaysian Armed Forces (JFC MAF).

The purpose of the working visit was to observe the readiness of MALBATT 850-9 members and assets as well as to review the welfare of members during the UNIFIL peacekeeping mission. Apart from that, the delegation also took the opportunity to celebrate Eid al-Fitr with MALBATT 850-9 personnel. Currently, MALBATT 850-9 is joined by Brunei Darussalam’s contingent of 30 RBAF personnel, with a total of 820 members from the MAF.

The two-day visit began with an operational brief on MALBATT 850-9, followed by Iftar, Fardhu Maghrib and Isya’ congregation prayers, and concluded with the Takbir Raya Aidilfitri at Surau Kawkaba, Marakah Camp. The event ended that night with a trip to Nadi, Marakah Camp to meet with MALBATT personnel in preparation for Eid al-Fitr celebration.

During the visit, the JFC RBAF also met with RBAF personnel in MALBATT 850-9, where he emphasised on the importance of maintaining a high level of discipline and professionalism when working with their counterparts.

MALBATT 850-9 has been recognised by the United Nations (UN) for its outstanding discipline and competence throughout its deployment in Lebanon. MALBATT 850-9 will be scheduled to hand over its duties and responsibilities to its successor MALBATT 850-10 in November 2022.










LAWATAN KERJA PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ABDB KE MALAYSIA BATALION 850-9 (MALBATT 850-9) UNITED NATIONS INTERIM FORCE IN LEBANON

UNP 2-1 MARAKAH KEM, Selatan Lubnan, Isnin, 02 Mei 2022 - Brigadier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  (AB ABDB) telahpun membuat lawatan kerja bersama Yang Berbahagia Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia ke Malaysia Batalion 850-9 (MALBATT 850-9) di UNP 2-1 Marakah Kem, Selatan Lubnan. 

Turut serta bersama delegasi Malaysia adalah Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato' Indera Hj Yazid Bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (AB ATM).

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk melihat kesiapsiagaan anggota dan aset MALBATT 850-9 serta meninjau kebajikan anggota yang bertugas di sepanjang misi pengaman UNIFIL dilaksanakan. Selain daripada itu, delegasi lawatan juga mengambil kesempatan berhari raya diperantauan di Lubnan bersama warga MALBATT 850-9. Pada ketika ini, MALBATT 850-9 disertai oleh kontinjen Brunei Darussalam seramai 30 orang anggota ABDB, dengan jumlah 820 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia. 

Lawatan selama dua hari itu dimulai dengan taklimat operasi mengenai MALBATT 850-9, diikuti dengan majlis berbuka puasa, sembahyang Maghrib dan Isya berjemaah, dan disudahi dengan Takbir Raya Aidilfitri bersama dengan warga MALBATT 850-9 di Surau Kawkaba, Marakah Kem. Acara pada malam itu berakhir dengan lawatan ke Nadi, Marakah Kem untuk bertemu dengan warga MALBATT sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semasa lawatan itu, Pemerintah AB ABDB turut membuat perjumpaan dengan anggota-anggota ABDB yang melaksanakan misi UNIFIL MALBATT 850-9, di mana beliau menekankan kepentingan mengekalkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi apabila menjalankan tugasan dengan rakan sejawatan.

MALBATT 850-9 telah diberi pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tahap disiplin dan kecekapannya yang cemerlang sepanjang penubuhannya di Lubnan. MALBATT 850-9 akan dijadual menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya kepada kontinjen baru, MALBATT 850-10 pada November 2022.


Attachments