Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE PARTICIPATED IN THE NIGHTLY TADARUS AL-QUR'AN FUNCTION DURING RAMADAN AT ISTANA NURUL IMAN 1447 HIJRAH/2026 MASIHI


BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 23 February 2026 -The nightly bertadarus (Qur'anic recitation) sessions for the month of Ramadan 1447H/2026M took place on the sixth night at the Surau of Istana Nurul Iman.

In attendance at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II;  Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence; Deputy Commander of RBAF, and Commanders of the Armed Forces and Commanders of Joint Forces of the RBAF along with military and civilian directors. More than 700 officers, military and civilian personnel from the Ministry of Defence attended the auspicious ceremony.

The ceremony began with congregational prayers, Isya' prayer, followed by the Tarawih and Witr prayers. This was followed by the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Yang Mulia Mudim Awang Haji Salleh bin Haji Damit. The programme was further enhanced by a tazkirah entitled 'Hidupkan Bulan Ramadhan dengan Ar-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki)', delivered by Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, an officer from the Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs. In a separate prayer hall for the female congregation, the tazkirah was delivered by Yang Mulia Dayang Rossne binti Abd Rahman, also an officer from the Islamic Da'wah Centre.

Islam encourages the faithful to enliven the nights of Ramadan with spiritual activities such as performing Tarawih prayers, Witr prayers, and reading the Al-Quran more frequently. These practices help elevate one's spiritual state and bring positive impacts to the organisation. Such programmes aim to attain blessings and divine acceptance of Allah Subhanahu Wa Ta'ala, especially in this holy month of Ramadan.






 

KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI MAJLIS TADARUS AL-QUR'AN MALAM-MALAM RAMADAN DI ISTANA NURUL IMAN 1447 HIJRAH/2026 MASIHI

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Februari 2026 – Majlis bertadarus malam-malam bulan Ramadan bagi tahun 1447H/2026M bertempat di Istana Nurul Iman bagi malam keenam di Surau Istana Nurul Iman.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB);  Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Pemerintah ABDB, dan Pemerintah- Pemerintah Angkatan Tentera serta Pemerintah Angkatan Bersama ABDB beserta pengarah-pengarah tentera dan awam. Lebih 700 Pegawai, anggota tentera dan kakitangan awam dari Kementerian Pertahanan menghadiri majlis yang penuh keberkatan tersebut.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak, Sembahyang Sunat Tarawih dan Sembahyang Sunat Witir secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Mudim Awang Haji Salleh bin Haji Damit. Seterusnya, majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Hidupkan Bulan Ramadhan dengan Ar-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki)' yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal-Ehwal Ugama. Sementara itu, bagi jemaah perempuan di surau berasingan, tazkirah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Rossne binti Abd Rahman, Pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah.

Agama Islam menggalakkan umatnya untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian seperti menunaikan solat sunat Tarawih, solat sunat Witir, serta memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Amalan-amalan ini akan meningkatkan tahap kerohanian individu dan memberikan impak positif kepada organisasi. Program-program seperti ini juga dihasratkan untuk memperoleh keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.​


Attachments