Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES A COURTESY CALL FROM THE DEFENCE ADVISER OF NEW ZEALAND ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 22 June 2022 – Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Colonel Peter Davis Hall, Defence Adviser of New Zealand accredited to Brunei Darussalam this afternoon. Also in attendance was the Director of Intelligence. 

During the introductory call, RBAF Commander welcomed Colonel Peter Davis Hall to Brunei Darussalam and reaffirmed the strong bilateral relationship between the RBAF and the New Zealand Defence Force. Both sides discussed their commitment to further strengthen the cooperation between both armed forces and enhance opportunities to train and interact together, both bilaterally and multilaterally, in areas of mutual benefit and interest.

Colonel Peter Davis Hall is Defence Adviser of New Zealand to Malaysia, who is accredited to Brunei Darussalam since 16 February 2021. He is currently in Brunei Darussalam for his introductory visit.  



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN NEW ZEALAND YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 22 Jun 2022 – Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Peter Davis Hall, Penasihat Pertahanan New Zealand yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam pada petang ini. Turut hadir semasa kunjungan pengenalan tersebut adalah Pengarah Perisikan. 

Semasa kunjungan pengenalan, Pemerintah ABDB telah mengalu-alukan kedatangan Kolonel Peter Davis Hall ke Negara Brunei Darussalam dan menegaskan semula hubungan dua hala yang kukuh di antara ABDB dan New Zealand Defence Force. Kedua belah pihak juga membincangkan mengenai komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dan meningkatkan peluang untuk mengadakan latihan dan berinteraksi secara dua hala dan pelbagai hala dalam bidang kepentingan bersama. 
Kolonel Peter Davis Hall adalah Penasihat Pertahanan New Zealand ke Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam sejak 16 Februari 2021. Beliau kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan pengenalan beliau. 



Attachments