Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DOA KESYUKURAN CEREMONY TO COMMEMORATE RBAF WOMEN 41ST ANNIVERSARY


RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 29 June 2022 – A Doa Kesyukuran ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, to commemorate the 41st anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) women military personnel since its establishment on the 29 June 1981.

Present as Guest of Honour was Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head Inspectorate RBAF. Also in attendance were female officers and enlisted personnel of the RBAF.

The ceremony was highlighted with a special lecture entitled “Wanita Pemangkin Pembangunan Negara” delivered by Ustazah Norhayati binti Haji Abd Rahman, Religious Officer from the Da’wah Islamic Centre, Ministry of Religious Affairs. The event then followed with the recitation of Surah Yasin, Tahlil and Doa Kesyukuran. 

The ceremony was organised to strengthen existing relations and nurture religious spirituality among RBAF women personnel.




MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ASKAR WANITA ABDB KE-41 TAHUN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu 29 Jun 2022 – Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Surau Al-Barakah Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) bagi menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-41 sejak penubuhannya pada 29 Jun 1981.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Inspektorat ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai wanita dan anggota lain-lain peringkat askar wanita ABDB. 

Majlis diserikan dengan sesi ceramah khas bertajuk “Wanita Pemangkin Pembangunan Negara” yang disampaikan oleh Ustazah Norhayati binti Haji Abd Rahman, Pegawai Ugama dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil serta Doa Kesyukuran.

Majlis tersebut dianjurkan bagi mengeratkan silaturrahim dan memupuk kerohanian agama di kalangan anggota wanita ABDB. 


Attachments