Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES PARTICIPATED IN THE NIGHTLY TADARUS AL-QUR’AN FUNCTION AT ISTANA NURUL IMAN 1444 HIJRAH / 2023 MASIHI



​BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 25 March 2023 - The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the nightly Tadarus Al-Qur’an function during Ramadhan 1444H at Istana Nurul Iman, this evening.

 

Present to lead the delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Muhd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF and Acting Permanent Secretary Ministry of Defence. Also present as part of the delegation were the senior defence leadership, officers and personnel from the Ministry and RBAF.  The nightly Tadarus Al-Qur’an function was also joined by other delegations from government and non-government agencies.

 

The function began with mass Isya' prayers led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz followed by Sunat Tarawih led by Imam Abu Hurairah bin Ariffin. The function then proceeded with Witir prayers and the Tadarus Al-Qur’an led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz; and concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam by Yang Mulia Begawan Mudim Haji Abd Latif bin Haji Saman.

 

The function was held to enliven and intensify acts of worship and religious activities throughout the holy month of Ramadhan.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS BERTADARUS MALAM-MALAM BULAN RAMADHAN DI ISTANA NURUL IMAN TAHUN 1444 HIRAH / 2023 MASIHI 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac 2023 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Majlis Tadarus Al-Qur’an malam-malam Ramadhan 1444H di Istana Nurul Iman, malam ini.

 

Hadir bagi mengetuai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Muhd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir menyertai rombongan adalah peringkat kepimpinan pertahanan, pegawai-pegawai serta warga Kementerian dan ABDB. Juga hadir adalah rombongan-rombongan dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz dan diikuti dengan Sembahyang Sunnat Terawih dipimpin oleh Imam Abu Hurairah bin Ariffin. Majlis kemudian diteruskan dengan Sembahyang Sunnat Witir dan bacaan Tadarus Al-Qur’an yang dikepalai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz; dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Begawan Mudim Haji Abd Latif bin Haji Saman.

 

Majlis tersebut bertujuan untuk menghidupkan dan menggandakan ibadah serta aktiviti-aktiviti keugamaan di sepanjang bulan Ramadhan.​


Attachments