Skip Ribbon Commands
Skip to main content
UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN DATU LAILARAJA MEJAR JENERAL (BERSARA) DATO PADUKA SERI HAJI AWANG HALBI BIN HAJI MOHD YUSSOF MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TAHUN 1444H/2023M




 الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِـيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّـدِ أَشْرَفِ اْلأَنْبِـيَاءِ 

وَالْمُرْسَلِـيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْـبِهِ أَجْـمَعِيْ


Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala yang telah mengurniakan kita dengan nikmat pemeliharaan dan keselamatan dengan limpah rahmat-Nya jua, kita sekarang berada di bulan rahmat, penuh maghfirah, bulan Ramadhan 1444 Hijrah.  Selawat serta salam ke atas Rasul pilihan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.


Dengan penuh kesyukuran di atas rahmat dan nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu wata’ala kepada kita semua khususnya nikmat umur panjang dan kesihatan bagi sekali lagi berpeluang untuk melakukan amal ibadah dan meraih pahala yang berlipat ganda pada bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini sebagai ayapan di akhirat nanti.


Sehubungan dengannya adalah wajarnya bagi kita selaku umat Islam mengambil peluang ini untuk bermuhasabah, berusaha dan beribadat serta berdoa di bulan mubarak lagi kudus ini dengan niat memperolehi pengampunanNya dan permohonan taubat diterimaNya dengannya kita akan bersih daripada dosa.


Kita semua hendaklah merebut suasana norma baharu endemik selepas tiga (3) tahun bergelut dengan pandemik COVID-19, yang pastinya akan memberikan pengobaran semangat untuk melakukan amal ibadah dengan ketulusan hati dan titih merebut ganjaran besar bulan suci Ramadhan dengan sama-sama menyemarakkan masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah termasuk juga di rumah-rumah persendirian sehingga kepenghujungnya nanti.  Inshaa Allah kita yakini kita akan merasakan kemanisan Ramadhan sepenuhnya dan dapat meraikan Hari Raya dengan perasaan kejayaan dan kemenangan besar.


Akhir kalam, Peramba/Saya sukacita mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Fardhu Ramadhan dan ibadah-ibadah lainnya kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei beserta keluarga di manapun mereka berada, seraya menadah tangan memanjatkan doa:


" اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى"


(Allahu akbar, ya Allah jadikanlah hilal itu (Ramadhan) bagi kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, dan membawa taufiq yang membimbing kami menuju apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai).


آمِيْن آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةَ، وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ​


Attachments