Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HELD A SURAH YAASIN AND TAHLIL EVENT AT THE ROYAL MAUSOLEUM


BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 29 March 2023 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Surah Yaasin and Tahlil event for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum. 


The event were attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF, Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence, senior leadership as well as officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF. The recitation of Surah Yaasin and Tahlil was led by Major Ariffin bin Amit@Hamid from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).


The annual Surah Yaasin and Tahlil recitation was held as part of the Ministry of Defence Ihya Ramadhan programme as well as other religious activities in the holy month of Ramadhan. 








KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Mac 2023 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah yang berlangsung di Kubah Makam Diraja.


Turut hadir menyertai rombongan Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit@Hamid dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). 


Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil ini adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan kegiatan-kegiatan keugamaan di bulan suci Ramadhan. ​


Attachments