MARAKAH CAMP, Tuesday 2 May 2023 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent together with the Malaysian Armed Forces (MAF) Contingent under the peacekeeping mission within the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10, United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) were awarded a United Nations National Service Medal in a ceremony held at the United Nations Post (UNP) 2-1, Marakah Camp, South Lebanon.
Brigadier General Roberto Vergori, the Sector West Commander, was the Guest of Honour for the Medal Parade. The medals were first awarded to Colonel Mohd Rizman bin Haji Ramli, Commander of MALBATT 850-10, and followed by awards to Major Hisham bin Haji Mahmud, contingent commander of RBAF, senior officers and service representatives.
Also attending the ceremony were mayors from the MALBATT area of operation and senior leadership within the Lebanese Armed Forces. The presence of esteemed guests strengthens the unity and fosters close cooperation between MALBATT and the locals. The main role of MALBATT is to realise the mandate outlined by the United Nations (UN) in assisting and channelling the best support to the local people, especially in South Lebanon, as stated in UN Security Council Resolution 1701.
The parade was held to recognise the commitment and professionalism of every peacekeeper who served under the UN flag in support of their duties and mandates given. It is not only a token of appreciation but also a moral boost that will inspire peacekeepers to always strive to make a positive impact in their future service. The recognition is eligible to be given to any peacekeeping personnel who served under the UN mission beyond 90 days.
To date, 3 officers and 27 other ranks from the RBAF contingent have met the requirements and received the medal.
PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN NEGARA BANGSA-BANGSA BERSATU KEPADA KONTINJEN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DIBAWAH MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) BAGI MISI PENGAMAN UNITED NATIONS INTERIM FORCE IN LEBANON (UNIFIL)
KEM MARAKAH, Selasa 2 Mei 2023 – Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Misi Pengaman dibawah Malaysian BATTALION (MALBATT) 850-10, United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) bertempat dalam satu acara yang telah di adakan di padang kawad United Nations Post (UNP) 2-1, Marakah Kem, Selatan Lubnan.
Tetamu Kehormat bagi acara tersebut ialah Brigadier Jeneral Roberto Vergori, Komander Sektor Barat UNIFIL. Mendahului senarai penerima pingat ialah Kolonel Mohd Rizman bin Haji Ramli, Komander MALBATT 850-10, disusuli dengan Mejar Hisham bin Haji Mahmud, ketua kontinjen ABDB pegawai-pegawai kanan dan wakil-wakil perkhidmatan.
Juga turut sama menghadiri majlis tersebut adalah beberapa datuk bandar dari municipalities Kawasan Tanggungjawab MALBATT 850-10 serta pegawai tertinggi Lubnan termasuk pegawai kanan Angkatan Bersenjata Lubnan. Kehadiran ini dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjalinkan kerjasama erat di antara MALBATT bersama penduduk setempat dan juga merealisasikan mandat yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membantu dan menyalurkan sokongan yang terbaik kepada penduduk setempat khususnya di Selatan Lubnan seperti mana yang tercatat dalam UN Security Council Resolution 1701.
Acara perbarisan diadakan untuk mengiktiraf persetujuan dan profesionalisme setiap anggota pengaman yang berkhidmat di bawah Panji-Panji PBB dalam mendokong tugas dan amanah yang diberikan. Ianya bukan saja sebagai tanda penghargaan tetapi juga sebagai dorongan moral yang akan memberi inspirasi kepada anggota pengaman agar sentiasa memberi kesan yang positif dalam perkhidmatan di masa yang akan datang. Pengiktirafan ini layak diberikan kepada mana-mana anggota pengaman yang bertugas di bawah misi PBB melebihi tempoh 90 hari.
Setakat ini, seramai 3 pegawai dan 27 anggota lain-lain peringkat Kontinjen ABDB yang telah memenuhi syarat untuk menerima pingat PNBB.