
BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 July 2023 – The whole nation celebrated His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 77th birthday that started with a Grand Parade at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien in the heart of the capital this morning.
His Majesty's arrival at the Royal Dais at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem "Allah Peliharakan Sultan" orchestrated by the bands of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Royal Brunei Police Force (RBPF). A customary 21-gun salute was then fired in honour of His Majesty's birthday.
His Majesty was joined by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, His Royal Highness Prince 'Abdul Malik, His Royal Highness 920 Major (U) Prince 'Abdul Mateen, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah to witness the birthday parade.
Right at the centre of the field of Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, the Royal Guard of Honour, mounted by personnel from the RBAF, RBPF and members of uniformed government departments and associations stood at attention with pride and discipline as His Majesty made his round of inspection.
The Grand Parade was commanded by 568 Lieutenant Colonel Md Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli and showcased both RBAF and RBPF men and women, performing slow and quick march passes.
At its closing, the parade contingents let out three cheers of 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik', followed by a fly-past of Royal Brunei Air Force Blackhawk helicopters.





ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-77 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu , 15 Julai 2023 – Sambutan senegara bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun telah bermula dengan Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara pagi tadi.
Ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung beredar ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' yang dipersembahkan oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah bagi menyaksikan perbarisan tersebut.
Di tengah-tengah padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Barisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada anggota dari ABDB, PPDB, Jabatan-jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan berseragam berdiri tegak dengan penuh kebanggaan dan disiplin semasa Baginda berkenan berangkat memeriksa perbarisan.
Istiadat Barisan Kehormatan mempamerkan barisan lalu dalam masa perlahan dan cepat di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, 568 Leftenan Kolonel Md Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli.
Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian serta disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat helikopter
Blackhawk.