Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HOLD THE OPENING OF DIKIR MAULUD 1445H

MUARA NAVAL BASE, Saturday, 16 September 2023 – To commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH) and express gratitude and love for the Prophet as well as to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala, the Ministry of Defence held the opening of Dikir Maulud 1445 Hijrah simultaneously at all Suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, bases and camps including Pulau Baru-Baru Mosque with the main focus at Surau Al-Huda, Muara Naval Base. 

Present at the event was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were the Acting Permanent Secretary, Ministry of Defence, Acting Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Deputy Permanent Secretary, Deputy Services Commanders and Deputy Joint Force Commnder RBAF, Directors, officers and staff of the Ministry of Defence.

The Dikir Maulud commenced with mass Maghrib Prayers followed by the recital of Surah Nabawiyah and the recital of Sayyidul Istighfar. The ceremony then continued with Dikir As-salammualaika followed by mass Isyak Prayers, Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam, Surah Al-'Asr, Tasbih Kaffarah and Doa Kedua Ibu Bapa. The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights at all RBAF Suraus.













KEMENTERIAN PERTAHANAN ADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN
DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 
1445H


PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Sabtu, 16 September 2023 – Bagi memperingati kelahiran dan menzahirkan rasa syukur dan kasih ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam serta memohon barakah dari Allah Subhanallah Wa Ta’ala, Kementerian Pertahanan telah mengadakan majlis malam pembukaan Dikir Maulud 1445H secara serentak di semua surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai serta Kakitangan Kementerian Pertahanan.


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Nabawiyah dan bacaan Sayyidul Istighfar. Majlis diteruskan dengan Dikir As-salammualaika,  Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam dan diakhiri dengan Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa Kedua Ibubapa. Seperti lazimnya, Dikir Maulud tersebut akan dilaksanakan selama dua-belas (12) malam berturut-turut di seluruh surau-surau perkhemahan ABDB.​


Attachments