Skip Ribbon Commands
Skip to main content
GRAND PARADE FOR HIS MAJESTY'S 78TH BIRTHDAY CELEBRATION



​​BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 15 July 2024 – The whole nation celebrated His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 78th birthday with a Grand Parade at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien in the heart of the capital this morning. 

 

His Majesty's arrival at the Royal Dais at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem "Allah Peliharakan Sultan" orchestrated by the bands of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Royal Brunei Police Force (RBPF). A customary 21-gun salute was then fired in honour of His Majesty's birthday.

 

Joining His Majesty was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, His Royal Highness Prince 'Abdul Malik, His Royal Highness 920 Major (U) Prince 'Abdul Mateen, His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah to witness the birthday parade.

 

Right at the centre of the field of Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, the Royal Guard of Honour, mounted by personnel from the RBAF, RBPF and members of uniformed government departments and associations stood at attention with pride and discipline as His Majesty made his round of inspection.  

 

Commanding the Grand Parade was Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali and showcasing both RBAF and RBPF men and women performing slow and quick march passes.

 

At its closing, the parade contingents let out three cheers of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”, followed by a fly-past of Royal Brunei Air Force (RBAirF) Blackhawk helicopters and C295 MW aircraft.

 










ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-78 TAHUN


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Julai 2024 – Sambutan senegara bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun dengan Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara pagi tadi. 

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung menaiki Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” yang dipersembahkan oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah bagi menyaksikan Istiadat Barisan Kehormatan tersebut.

 

Istiadat Barisan Kehormatan terdiri daripada anggota ABDB, PPDB, Jabatan-jabatan kerajaan dan Pertubuhan Awam yang berpakaian seragam berdiri tegak dengan penuh kebanggaan dan disiplin di tengah-tengah padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, semasa Baginda berkenan berangkat memeriksa perbarisan.

 

Pemerintah Perbarisan Istiadat Barisan Kehormatan ialah Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali yang telah memimpin barisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat. 

 

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian serta disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat helikopter Blackhawk dan pesawat C295 MW, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). ​


Attachments