Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF HOLDS SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY FOR THE YEAR 1445H/2024M


RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 29 March 2024 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) had an opportunity to carry out a charity event, Sentuhan Kasih Ramadhan, for 122 orphans from 66 families of dearly departed RBAF personnel held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base today.

Present at the ceremony to hand over the donations were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF and his spouse, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, President of RBAF Wives Welfare Association (BAKTI).

Also present were Service Commanders and the Acting Joint Force Commander RBAF with their spouses, as well as senior RBAF officers and families of the orphans.

The ceremony began with a mass recital of Surah Yassin, Tahlil and followed by the recital of Doa Arwah led by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Japar from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The ceremony then proceeded with the presentation of the donations to the fellow recipients. 

Sentuhan Kasih Ramadhan is an annual event organised by the RBAF during the holy month of Ramadhan in remembrance of the services of the departed RBAF personnel. The Sentuhan Kasih Ramadhan donations were raised from proceeds by the RBAF Welfare Fund, BAKTI, RBAF personnel and Suraus to bring joy and ease the burden of the orphans in preparation for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebration.







MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN ABDB BAGI TAHUN 1445H/2024M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 29 Mac 2024 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkesempatan melaksanakan Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan dengan menghulurkan sumbangan derma kepada 122 orang anak yatim daripada 66 keluarga anggota-anggota ABDB yang telah kembali ke rahmatullah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir di majlis tersebut bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan isteri, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).

Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB bersama isteri-isteri, pegawai-pegawai kanan ABDB serta keluarga anak-anak yatim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang dikepalai oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Japar daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis diakhiri dengan penyampaian derma sumbangan kepada para penerima. 

Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini adalah acara tahunan yang diungkayahkan oleh ABDB pada bulan Ramadhan yang bagi mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, BAKTI, anggota-anggota ABDB dan surau-surau ABDB bagi mengongsikan kegembiraan dan meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.​


Attachments