BOLKIAH GARRISON, Monday, 5 August 2024 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from Her Excellency Nahida Rahman Shumona, the High Commissioner of The People’s Republic of Bangladesh to Brunei Darussalam today. Also in attendance were the Acting Chief of Staff RBAF and the Director of Intelligence, Ministry of Defence.
During the call, Commander RBAF acknowledged the warm relations between the two countries rooted in a shared commitment to peace, stability, and development. Defence cooperation between Negara Brunei Darussalam and Bangladesh has progressed steadily through mutual military visits, regional exercises, meetings, and training courses.
The RBAF Commander also expressed gratitude and appreciation to Her Excellency for her contributions towards enhancing the defence cooperation throughout her tenure as High Commissioner and wished her great success.
Her Excellency Nahida Rahman Shumona has served as High Commissioner of the People's Republic of Bangladesh to Brunei Darussalam since 8 March 2021.
PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 5 Ogos 2024 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB menzahirkan hubungan mesra yang erat di antara kedua buah negara dalam komitmen bersama untuk keamanan, kestabilan dan pembangunan. Kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Bangladesh telah berkembang dengan meluas melalui pertukaran lawatan, latihan serantau, mesyuarat, dan kursus ketenteraan.
Pemerintah ABDB turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Yang Terutama atas sumbangan beliau ke arah meningkatkan kerjasama sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Beliau juga mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Puan Yang Terutama dalam semua bidang diceburi pada masa akan datang.
Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam sejak 8 Mac 2021.