Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DOA KESYUKURAN CEREMONY TO COMMEMORATE HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM'S 79TH BIRTHDAY



BOLKIAH GARRISON, Monday, 14 July 2025 - The Ministry of Defence held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 79th birthday at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. Similar events were also conducted simultaneously across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases, including Pulau Baru-Baru Mosque.

 

Present at the function was Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Director of Intelligence, officers and personnel of the Ministry of Defence.

 

The function began with the recital of Surah Al-Mulk from verses 1 to 11, followed by a mass Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayers. The ceremony continued with the recitation of Surah Yassin, Doa Kesyukuran and then concluded with mass Fardhu Isya’ Prayer.




Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison



Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei



Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba



Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut




Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn



Surau Al-Quwwah, Bangar Kem



Surau RPD Sungai Akar



Masjid Kampong Pulau Baru-Baru



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-79 TAHUN


BOLKIAH GARISON, Isnin, 14 Julai 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis yang sama diadakan di seluruh surau-surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Hadir semasa majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Pengarah Perisikan,  serta pegawai-pegawai tentera dan awam dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 dan diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.​


Attachments