Skip Ribbon Commands
Skip to main content
BRUNEI INTERNATIONAL CADET EXCHANGE PROGRAMME 2025 CLOSING DINNER CEREMONY

​​

​​BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 5 December 2025 - The Brunei International Cadet Exchange Programme (BICEP) 2025 concluded this evening with a warm and meaningful Closing Dinner Ceremony held at Badi’ah Hotel. The event was graced by the Guest of Honour, Yang Mulia Colonel (Udara) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Chief of Staff of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were senior officials from the Ministry of Defence, Ministry of Education, Ministry of Religious Affairs, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei, as well as representatives from the National Cadet Corps (NCC) Singapore. 

Also in attendance as a Special Guest was Yang Mulia Lieutenant Colonel Sim Song Kai, Assistant Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam, who was present in support of the Singapore contingent. 

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and a Doa Selamat, as a gesture of gratitude and a prayer for blessings upon the week-long programme. Throughout BICEP 2025, cadets from the RBAF Military Cadets and the NCC Singapore participated in a dynamic and comprehensive series of activities, including military exposure, cultural appreciation, and adventure-based leadership development. Among the key highlights were the traditional kite-making workshop, the unique experience of preparing ambuyat, OBBD leadership challenges in Temburong, and exclusive visits to selected military and national institutions. 

In his closing remarks, the Guest of Honour expressed his appreciation for the discipline, cooperation, and maturity demonstrated by the cadets throughout the programme. He described BICEP as “a bridge of friendship that continues to strengthen the ties between the youth of Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.” Guests were also entertained by musical performances from the RBAF Band, which added vibrancy to the evening. 

The ceremony concluded with the presentation of certificates, exchange of souvenirs, and a group photo session, symbolising the unity, appreciation, and shared success of both contingents officially marking the successful closing of BICEP 2025. 










MAJLIS MAKAN MALAM PENUTUP BRUNEI INTERNATIONAL CADET EXCHANGE PROGRAMME 2025

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 5 Disember 2025 -Program Pertukaran Kadet Antarabangsa Brunei (BICEP) 2025 melabuhkan tirainya pada malam ini melalui Majlis Makan Malam Penutup yang hangat dan penuh bermakna bertempat di Hotel Badi’ah. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Kolonel (Udara) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Ketua Staf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei, serta wakil-wakil dari National Cadet Corps (NCC) Singapura. 

Hadir sama sebagai Tetamu Khas ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Sim Song Kai, Penolong Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, yang hadir memberikan sokongan kepada kontijen Singapura. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan bagi program yang berlangsung selama seminggu ini. Sepanjang BICEP 2025, para kadet dari Kadet Tentera ABDB dan NCC Singapura telah mengikuti rangkaian aktiviti yang dinamik dan menyeluruh, meliputi pendedahan ketenteraan, penghayatan budaya, serta pembelajaran berasaskan kepimpinan dan pengembaraan. Antara aktiviti utama termasuk bengkel pembuatan “kikik” tradisional, pengalaman unik menyediakan ambuyat, cabaran kepimpinan OBBD di Temburong, serta lawatan eksklusif ke institusi ketenteraan dan institusi nasional terpilih. 

Dalam ucapan penutupnya, Tetamu Kehormat menyampaikan penghargaan atas disiplin, kerjasama, dan kematangan yang ditunjukkan oleh para kadet sepanjang program ini. Beliau menyifatkan BICEP sebagai “sebuah jambatan persahabatan yang terus mengukuhkan hubungan antara belia Brunei Darussalam dan Singapura.” Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik oleh Pancaragam ABDB yang menyerikan suasana majlis. 

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil, pertukaran cenderamata, serta sesi bergambar ramai, yang melambangkan semangat perpaduan, penghargaan, dan kejayaan bersama kedua-dua kontijen sekali gus menandakan penutupan rasmi BICEP 2025 dengan jayanya. 


Attachments