Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DEFENCE WHITE PAPER 2021 BRIEFING TO CABINET MINISTERS

KG TANAH JAMBU, TUESDAY, 13 JULY 2021 - The Ministry of Defence conducted a briefing on the Defence White Paper 2021 (DWP 2021) to Yang Berhormat Cabinet Ministers at the Defence Academy RBAF Auditorium at Kg Tanah Jambu today.

The DWP 2021 titled 'Defending the Sovereignty of the Nation: A Secure and Resilient Future', which His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to launch during the 60th Diamond Jubilee Celebration of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) on Monday, 31 May 2021.

In his welcoming remarks, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, explained that the DWP 2021 highlights the direction of a comprehensive and current national defence strategic plan in the context of an increasingly challenging geostrategic environment, in line with broader efforts through a Whole of Government / Whole of Nation approach. The DWP 2021 also outlines the direction and commitment of defence for regional and international peace and security.

Yang Berhormat Pehin further emphasised that the publication of DWP 2021 resulted from the close cooperation between the Ministries and other agencies in the country. Apart from that, the DWP, for the first time, highlighted the concept of Maqasid Syari'ah and the importance of its values ​​and principles in shaping and formulating every task and responsibility of defence towards national security and the well-being of the people.

Brunei Darussalam's Defence White Paper 2021 is a continuation of the series of Defence White Papers previously published back in 2004, 2007, and 2011.





TAKLIMAT KERTAS PUTIH PERTAHANAN 2021 KEPADA MENTERI-MENTERI KABINET

KG TANAH JAMBU, SELASA, 13 JULAI 2021 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan taklimat Kertas Putih Pertahanan 2021 (KPP 2021) kepada Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan ABDB, Kg Tanah Jambu pada hari ini.

KPP 2021 yang bertajuk ‘Defending the Nation’s Sovereignty: A Secure and Resilient Future’, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan melancarkan Kertas Putih Pertahanan tersebut semasa Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-60 tahun pada hari Isnin, 31 Mei 2021 yang lalu.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menjelaskan bahawa KPP 2021 menggariskan hala tuju rancangan strategik pertahanan negara yang komprehensif dan terkini dalam konteks persekitaran keselamatan yang kian mencabar, selari dengan usaha-usaha yang lebih meluas melalui pendekatan “Whole of Government / Whole of Nation”. KPP 2021 juga menggariskan hala tuju serta komitmen pertahanan negara kepada keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Yang Berhormat Pehin seterusnya menyatakan bahawa KPP 2021 ini juga adalah hasil daripada peranan dan kerjasama erat antara Kementerian-kementerian serta agensi-agensi lain di negara ini. Selain daripada itu, KPP 2021 buat pertama kalinya mengetengahkan konsep Maqasid Syari’ah serta kepentingan nilai-nilai dan prinsip-prinsipnya dalam membentuk dan mengiringi setiap tugas dan tanggungjawab pertahanan ke arah menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

KPP 2021 ialah Kertas Putih Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang keempat iaitu kesinambungan siri Kertas-kertas Putih Pertahanan yang telah diterbitkan sebelum ini iaitu pada tahun 2004, 2007 dan 2011. 


Attachments