YOUTH CENTRE BSB, Tuesday 8 October 2024 – The Pencak Silat National Championship in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam's 78th Birthday Celebration, has been held for five days from 4 until 8 October 2024 at Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Present as the guest of honour to award the prizes to the championship winners at the closing ceremony was Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah Ibni Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
The Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) has won the championship, earning five gold medals, five bronze medals and a Shield of Grace gifted by His Majesty Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
The organiser of the event, National Pencak Silat Federation (PERSIB), was founded in 1986 to coincide with the SEA Games. Currently there are between 40-45 institutions affiliated to the Federation including the MS ABDB. Since its establishment, PERSIB has organised teachings of Pencak Silat and Pencak Silat Competitions to maintain their commitment and promoting martial arts in Brunei Darussalam.
KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-78 TAHUN
PUSAT BELIA BSB, Selasa 8 Oktober 2024 – Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-78 tahun, telah diadakan selama lima hari daripada 4 hingga 8 Oktober 2024 di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Berangkat hadir selaku Tetamu Kehormat untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan di majlis penutup tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah Ibni Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) telah pun tampil sebagai johan dengan memunggut lima pingat emas, lima pingat perak dan sebuah Perisai Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Penganjur acara tersebut, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB), ditubuhkan pada tahun 1986 bertepatan dengan Sukan SEA. Pada masa ini terdapat antara 40-45 institusi yang terlibat dengan Persekutuan ini termasuk MS ABDB. Sejak penubuhannya, PERSIB telah mengadakan latihan Pencak Silat dan menganjurkan Pertandingan Pencak Silat bagi mengekalkan komitment mereka serta mempromosikan seni pertahanan diri di Negara Brunei Darussalam.