MANAMA, Saturday, 07 December 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II led a delegation from the Ministry of Defence Brunei Darussalam to the 20th Manama Dialogue 2024 in the Kingdom of Bahrain, held from 6 to 8 December 2024. Also in the delegation was Yang Mulia Nazirah bin Haji Zaini, Charge d’Affaires of the Embassy of Brunei Darussalam to the Kingdom of Bahrain.
Organised by the International Institute for Strategic Studies, the annual security forum gathered senior officials, policymakers, military leaders, and experts from world renowned research institutions to address various security challenges in the Middle East and beyond. This year’s theme, “Middle East Leadership in Shaping Regional Prosperity and Security,” focused on regional security, conflict resolution, peace initiatives, and defence modernisation.
An official reception hosted by His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa, Crown Prince, Deputy Supreme Commander, and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain was held on the first day of the dialogue to welcome all delegations. On the next day, the dialogue commenced with a keynote address by His Highness Prince Faisal bin Farhan Al Saud, Minister of Foreign Affairs, Kingdom of Saudi Arabia. His Highness highlighted the critical importance of diplomacy and international law in resolving conflicts, including the Isreal-Palestine conflict. The event also featured expert presentations and plenary sessions.
Since its inception in 2004, the Manama Dialogue has provided a critical platform for fostering defence diplomacy and enhancing collaboration among nations. This year, it hosted over 550 delegates from more than 40 countries, with Brunei Darussalam’s Ministry of Defence regularly participating to strengthen international relations and promote security cooperation.
Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II
attended the 20th IISS Manama Dialogue.
Majlis Pembukaan Rasmi the IISS Manama Dialogue kali ke-20.
Delegasi Kementerian Pertahanan ke IISS Manama Dialogue kali ke-20.
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGHADIRI MANAMA DIALOGUE KE-20 DI BAHRAIN
MANAMA, Sabtu, 07 Disember 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, telah mengetuai delegasi dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Dialog Manama kali ke-20 di Kerajaan Bahrain, yang berlangsung dari 6 hingga 8 Disember 2024. Turut serta dalam rombongan delegasi ialah Yang Mulia Nazirah binti Haji Zaini, Kuasausaha Sementara di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Bahrain.
Dialog keselamatan tahunan anjuran International Institute for Strategic Studies (IISS) ini menghimpunkan pegawai-pegawai kanan kerajaan, para penggubal dasar, pemimpin-pemimpin tentera, dan pakar-pakar dari institusi penyelidikan terkemuka seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai cabaran keselamatan di Timur Tengah dan sekitarnya. Tema tahun ini, “Middle East Leadership in Shaping Regional Prosperity and Security,” memberi tumpuan kepada keselamatan serantau, penyelesaian konflik, inisiatif keamanan, dan pemodenan pertahanan.
Jamuan rasmi yang dihoskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, Putera Mahkota, Timbalan Panglima Tertinggi, dan Perdana Menteri Kerajaan Bahrain diadakan pada hari pertama dialog untuk mengalu-alukan semua delegasi. Pada hari berikutnya, dialog dimulakan dengan ucaptama oleh Yang Amat Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud, Menteri Luar Negara, Kerajaan Arab Saudi. Baginda menekankan kepentingan kritikal diplomasi dan undang-undang antarabangsa dalam menyelesaikan konflik, termasuk konflik Isreal-Palestin. Acara ini juga turut merangkumi pembentangan oleh pakar dan sesi-sesi plenari.
Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Dialog Manama telah menyediakan platform penting bagi memupuk diplomasi pertahanan dan meningkatkan kerjasama antara negara-negara. Tahun ini, acara tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada 550 perwakilan dari 40 buah negara, dengan Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darusssalam secara berkala mengambil bahagian bagi mengukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosikan kerjasama keselamatan.