Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HEALTH AND DENTAL ROADSHOW IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 63RD ANNIVERSARY AT KAMPONG MENUNGGOL


 

KAMPONG MENUNGGOL, 06 December 2024 – The residents of Kampong Menunggol received a visit from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) who organised a Health and Dental Roadshow in conjunction with the RBAF 63rd Anniversary that was held at the Hall of Nakhoda Abdul Rashid Primary School, Kampong Menunggol.

 

Presence as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Yang Mulia Awang Hj Ibrahim bin Hj Osman, Head of Kampong Menunggol, a representative from Nakhoda Abdul Rashid Primary School, Imam of the Kampong Menunggol Mosque and Senior Officers from the RBAF.

 

During the roadshow, the Guest of Honour had the opportunity to witness and interact with the villagers who were undergoing Basic Health Checks for blood pressure, blood sugar level, Body Mass Index (BMI), lessons on Basic Life Support and Basic First Aid, as well as awareness of Vector-Borne Diseases. In addition, the Guest of Honour also able to witness the villagers undergoing Basic Dental Treatment such as dental check-ups and treatments, and a briefing on dental and oral health promotion.

 

The roadshow led by Yang Mulia Major Awg Muhd Ashady bin Hj Awg Mohd Harris, Chairman of the Roadshow from the Joint Forces Headquarters (JFHQ) RBAF also conducted a cleaning campaign at the Kampong Menunggol Mosque. The campaign was carried out by personnel from the Third Battalion (3Bn) RBLF and with the assistance from the villagers .

 

The purpoe of the roadshow is to unite the villagers and also fostering good relationships  and ties with the RBAF in supporting the ‘Whole of Government’ and ‘Whole of Nation’ approach.






JERAYAWARA KESIHATAN DAN PERGIGIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63 TAHUN DI KAMPONG MENUNGGOL

 

KAMPONG MENUNGGOL, 06 Disember 2024 – Para penduduk Kampong Menunggol telah menerima kunjungan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi menyelenggarakan Jerayawara Kesihatan dan Pergigian sempena Hari Ulang Tahun ABDB yang Ke-63 tahun yang telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid, Kampong Menunggol.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Hj Ibrahim bin Hj Osman Ketua Kampung Menunggol, Wakil Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid, Imam Masjid Kampong Menunggol dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB.

 

Semasa jerayawara tersebut, Tetamu Kehormat berpeluang menyaksikan dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampong yang sedang menjalani Pemeriksaan Kesihatan Asas seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kadar gula dalam darah, pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (IJT), pembelajaran mengenai Basic Life Support dan Basic First Aid, dan kesedaran mengenai Penyakit Bawaan Vektor. Selain itu, Tetamu Kehormat juga berkesempatan untuk menyaksikan penduduk-penduduk kampong menjalani Rawatan Asas Pergigian seperti pemeriksaan dan rawatan pergigian, dan taklimat promosi kesihatan pergigian dan mulut.

 

Jerayawara yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Awg Muhd Ashady bin Hj Awg Mohd Harris selaku Pengerusi Jerayawara dari Markas Angkatan Bersama (MAB) ABDB ini turut diselitkan dengan kempen kebersihan di kawasan Masjid Kampong Menunggol. Kempen tersebut diungkayahkan oleh anggota-anggota ABDB dari Batalion Ke-Tiga (3Bn) TDDB dan dibantu oleh penduduk-penduduk kampong setempat. 

 

Tujuan jerayawara ini ialah untuk menyatu padukan penduduk-penduduk kampong setempat dan sekaligus memupuk jalinan baik serta hubungan silaturrahim bersama ABDB bagi mendokong seruan dan pendekatan ‘Whole of Government’ dan ‘Whole of Nation’.​


Attachments