Skip Ribbon Commands
Skip to main content
10th BRUNEI DARUSSALAM – REPUBLIC OF SINGAPORE DEFENCE POLICY DIALOGUE


RIZQUN INTERNATIONAL HOTEL, Wednesday, 16 October 2024 – The 10th Defence Policy Dialogue between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore took place this morning at Rizqun International Hotel.

The dialogue was co-chaired by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence Brunei Darussalam, and Mr. Chan Heng Kee, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence Republic of Singapore. The dialogue was also attended by military and civilian officials from both sides. 

The two co-chairs reaffirmed the special and long-standing bilateral defence ties between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. In addition to exchanging views on security challenges, both co-chairs discussed the progress and ways to further strengthen bilateral defence relations in preparation for the 50th anniversary of the establishment of defence relations in 2026. 

As part of the programme, the Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence Republic of Singapore, also visited the Rimba Air Base and was hosted by Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force.

Initiated in 2009, the Defence Policy Dialogue between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore is aimed at fostering defence cooperation through discussion and information sharing, as well as exploring new areas of practical cooperation.
 
 ​








DIALOG DASAR PERTAHANAN KE-10 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

RIZQUN INTERNATIONAL HOTEL, Rabu, 16 Oktober 2024 – Dialog Dasar Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura Ke-10 telah berlangsung pagi tadi di Rizqun International Hotel.

Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam dan Tuan Chan Heng Kee, Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan Republik Singapura. Dialog tersebut juga dihadiri oleh pegawai-pegawai tentera dan awam dari kedua-dua negara.

Kedua-dua pengerusi bersama menekankan semula mengenai hubungan pertahanan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama dan istimewa di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Di samping bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran-cabaran keselamatan, kedua-dua pengerusi bersama membincangkan pencapaian dan hala tuju untuk terus mengukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala sebagai persiapan untuk menyambut ulang tahun penubuhan hubungan pertahanan Ke-50 pada tahun 2026.

Sebagai sebahagian daripada program, Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan Republik Singapura turut dibawa melawat ke Pangkalan Tentera Udara Rimba,yang dihoskan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.

Bermula pada tahun 2009, Dialog Dasar Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura ini bertujuan untuk memupuk kerjasama pertahanan melalui perbincangan dan perkongsian maklumat di samping menerokai bidang kerjasama praktikal yang baru.​


Attachments