Skip Ribbon Commands
Skip to main content
NATIONAL FLAG HOISTING CEREMONY TO MARK BRUNEI DARUSSALAM’S 38th NATIONAL DAY


BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 16 February 2021 – The 38th National Day celebration began with a giant flag hoisting ceremony in Bandar Seri Begawan. The raising of the giant national flag was officiated by Yang Berhormat Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports.

The giant-sized flag was raised by 20 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) led by 1440 Lieutenant Junior Grade Haji Hazmie bin Haji Hasnal, RBN, in the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.

The theme for this year’s 38th National Day celebration is Menjayakan Wawasan Negara, in line with the nation’s aspirations of Brunei Vision 2035. The RBN is proud to continue the tradition and honour of hoisting the giant national flag.



UPACARA MENAIKKAN BENDERA BESAR SEMPENA 
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-38

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 Februari 2022 – Upacara menaikkan bendera besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 telah berlangsung di Bandar Seri Begawan. Kenaikan bendera besar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.  

Upacara menaikkan bendera besar telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei, TLDB yang diketuai oleh 1440 Leftenan Madya Haji Hazmie bin Haji Hasnal, TLDB di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 bagi tahun ini ialah ‘Menjayakan Wawasan Negara’, sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035. TLDB berbangga atas kesempatan untuk melanjutkan tradisi menaikkan bendera besar Negara Brunei Darussalam.


Attachments