Rimba Air Force Base, Thursday, 13 April 2023-
Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted an Iftar at Rimba Air Force Base with former RBAF Commanders and Pioneer Officers of the RBAF.
Present among the invited guests was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong and Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud, pioneer officers of the RBAF.
Other guests included Service Commanders, Joint Force Commander RBAF, Acting Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretary, senior officers from the Royal Brunei Air Force and officers from the Commander RBAF's Secretariat Office.
The event commenced with the recitation of
Surah
Yassin and
Tahlil led by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani from the RBAF Religious Directorate. The event continued with light Iftar, followed by a mass
Fardhu
Maghrib prayer at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
The event then proceeded with dinner at Air Movement Center, Rimba Air Force Base followed by the presentation of gifts by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF. The event concluded with the recitation of closing doa by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the RBAF Religious Directorate.
The Iftar session provides an opportunity for former RBAF Commanders and Pioneer Officers of the RBAF as well as senior leadership and current RBAF officers to enhance closer relationship while commemorating Ramadhan, the holy month of reflection, sharing, and compassion.
PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DAN PEGAWAI PENGAMBILAN PERTAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 13 April 2023-
Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai Bersama mantan-mantan Pemerintah ABDB dan Pegawai Pengambilan Pertama ABDB di Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Di antara mantan-mantan Pemerintah yang hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud, pegawai-pegawai pengambilan pertama ABDB.
Antara jemputan lain ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan Tentera Udara Diraja Brunei serta kakitangan Pejabat Urusetia Pemerintah ABDB.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dikepalai oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani daripada Jabatanarah Agama ABDB. Majlis diteruskan dengan menikmati juadah sungkai ringan dan Sembahyang Fardhu Maghrib secara berjemaah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan makan malam di Bangunan Pusat Pergerakan Udara, dan diikuti dengan penyampaian cenderahati dari Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB kepada mantan-mantan Pemerintah serta Pegawai pengambilan pertama ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup daripada Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB.
Majlis Bersungkai ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan di antara mantan-mantan Pemerintah dan pegawai pengambilan pertama ABDB berserta kepimpinan terkanan dan pegawai-pegawai yang masih berkhidmat terutama sekali di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.