BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 5 June 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II received a courtesy call from His Excellency Major General (Retired) Farhat Abas, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam, today.
During the call, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II expressed gratitude to His Excellency Major General (Retired) Farhat Abas for his active involvement in enhancing bilateral cooperation and relations between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan. Both sides expressed happiness that this year marks the 40th anniversary of diplomatic relations between both countries.
Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan established diplomatic relations on 9 February 1984. Both countries also reached a milestone of the 20th anniversary of defence cooperation, since the signing of the Memorandum of Understanding in Defence Cooperation in May 2004.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TUAN YANG TERUTAMA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 5 Jun 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abas di atas penglibatan aktif beliau dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan. Kedua-dua belah pihak turut menzahirkan perasaan gembira kerana tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua buah negara.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 9 Februari 1984. Kerjasama pertahanan kedua buah negara telah mencapai usia 20 tahun semenjak penandatangan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan pada Mei 2004.