Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SPECIAL FORCES REGIMENT CROWNED OVERALL CHAMPION AT THE INTERNATIONAL SPECIAL FORCES COMPETITION


​​AMMAN, HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN, Thursday, 29 August 2024 – The Special Forces Regiment (SFR), Royal Brunei Armed Forces (RBAF) representing Brunei Darussalam crowned as overall champions of the 13th Annual Warrior Competition (AWC) 2024. The competition was held at the King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC) in Amman, Hashemite Kingdom of Jordan from the 25 until 29 of August 2024. 


The AWC is an annual special forces competition hosted by the Jordan Armed Forces that brings together elite special forces, military and law enforcement units worldwide. The competition is tailored to challenge, enhance and hone the abilities of the competing teams. It highlights individual skills in multiple counter-terrorism scenarios and their teamwork to plan and execute realistic and challenging tasks. The AWC is also a platform to exchange tactics, sharing experiences and develop international cooperation in Special Operations. 


This year, AWC was participated in by 32 teams from 19 countries and five countries as observers, with Brunei Darussalam being the only participant from the Indo-Pacific Region. This year’s competition consisted of a grueling 4 days of testing the team’s marksmanship, physical, mental, and psychological endurance to simulate actual operational conditions. The four events consisted of a Long Distance Loaded March with Obstacles event named “Road to Glory”, the second event was a hostage rescue Close Quarter Battle in a building and aircraft scenario event named “Decisive Hit”, the third event comprised of a close to mid-range quick target reaction shooting event named “Iron Horse,” and the final event “The King’s Challenge” where participation is invited for only the top ten teams throughout the competition.


The SFR RBAF secured two events on Day 2 and Day 3 by winning the “Decisive Hit” and managing second place for the “Iron Horse” event. Meanwhile, SFR RBAF placed fifth in the “The King’s Challenge” event of which propelled SFR RBAF to accumulate the highest overall points from all events. The Royal Guards of Hashemite Kingdom of Jordan emerged as the first runner-up and Qatar Special Forces as the second runner-up.


This victorious achievement by the SFR RBAF in this year’s competition highlights the abilities and capabilities of the unit comparable to other world class elite special forces worldwide.


​​



 


​​​​​

REJIMEN PASUKAN KHAS DINOBATKAN SEBAGAI JUARA KESELURUHAN DI PERTANDINGAN UNIT-UNIT KHAS ANTARABANGSA

 

AMMAN, KERAJAAN HASYIMIAH JORDAN, Khamis, 29 Ogos 2024 - Rejimen Pasukan Khas (RPK), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mewakili Negara Brunei Darussalam dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi 13th Annual Warrior Competition (AWC) 2024. Pertandingan tersebut berlangsung di King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC) di Amman, Kerajaan Hasyimiah Jordan dari 25 hingga 29 Ogos 2024. 

 

AWC merupakan pertandingan tahunan yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Jordan yang disertai oleh pasukan-pasukan khas elit, unit-unit angkatan tentera dan penguatkuasaan undang-undang dari seluruh dunia. Pertandingan ini disesuaikan untuk mencabar, meningkatkan dan mengasah kebolehan pasukan-pasukan yang bertanding. Ianya bertujuan untuk menyerlahkan kemahiran individu di dalam pelbagai senario untuk memerangi keganasan dan kerja berpasukan untuk merancang dan melaksanakan tugasan yang realistik serta mencabar. Pertandingan ini juga dijadikan landasan untuk pertukaran pengetahuan taktik, berkongsi pengalaman dan membina kerjasama antarabangsa di dalam Operasi Khas.

 

Pada tahun ini, AWC telah disertai oleh 32 buah pasukan daripada 19 buah negara dan 5 buah negara sebagai pemerhati, yang mana Negara Brunei Darussalam adalah satu-satu negara peserta dari rantau Indo Pasifik. Pertandingan pada kali ini berlansung selama 4 hari yang mencabar untuk menguji kemahiran menembak, keupayaan fizikal, mental dan kecekalan psikologi pasukan untuk mensimulasikan keadaan operasi yang sebenar. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan diantaranya ialah terdiri daripada acara berjalan jarak jauh dengan membawa bebanan dan melalui beberapa halangan yang digelar “Road to Glory”, acara kedua merupakan senario menyelamatkan tawanan di pertarungan jarak dekat di dalam bangunan dan pesawat yang digelar “Decisive Hit”, acara ketiga pula merupakan aksi kecekapan menembak dari jarak dekat dan sederhana yang digelar “Iron Horse” dan acara terakhir yang digelar “The King Challenge” cuma disertai oleh 10 pasukan teratas yang diundang di sepanjang pertandingan tersebut.

 

RPK ABDB memperolehi kejayaan di dua acara pada hari kedua dan ketiga iaitu mendapat tempat pertama bagi acara “Decisive Hit” dan tempat kedua bagi acara “Iron Horse”. Manakala RPK ABDB menduduki tempat kelima di acara akhir “The King’s Challenge” dan seterusnya melonjakkan RPK ABDB dengan memperolehi mata terkumpul terbanyak secara keseluruhan dikesemua acara yang dipertandingkan. Royal Guards dari Kerajaan Hasyimiah Jordan menduduki tempat kedua dan Pasukan Khas Qatar pula menduduki tempat ketiga. 

 

Kejayaan yang dicapaian oleh RPK ABDB di dalam pertandingan kali ini telah mempamerkan keupayaan dan kebolehan yang dimiliki oleh unit ini setanding dengan  pasukan-pasukan khas elit antarabangsa yang bertaraf dunia.​


Attachments