Skip Ribbon Commands
Skip to main content
21ST ASEAN MILITARY INTELLIGENCE MEETING CONCLUDES


VIENTIANE, 3 September 2024 – The 21st ASEAN Military Intelligence Meeting (21st AMIM) successfully concluded today in Vientiane, Lao People’s Democratic Republic.  The meeting, held from 1 to 3 September 2024, was hosted by the Ministry of National Defence of Lao PDR and focused on the theme “ASEAN: Together for Peace, Security and Resilience.”


The meeting chaired by Brigadier General Bouavanh Athanaxay, Director General of the Military Intelligence Department, brought together heads of military intelligence from ASEAN member states, along with representatives from Timor Leste as observers. The delegation from Brunei Darussalam was led by Colonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Director of Intelligence at the Ministry of Defence.

Prior to the main meeting, a staff officers’ session was held on 2 September 2024 to discusse a Joint Statement for the ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (ACDFM) and reviewed the progress of its various initiatives. 

During the 21st AMIM, participants engaged in constructive dialogue regarding shared security concerns affecting the region. Discussions emphasised the importance of strengthening ASEAN military intelligence cooperation and collaboration in addressing emerging threats and enhancing military intelligence capabilities.

The meeting concluded with a ceremonial handover, marking the transition of chairmanship from the Lao People’s Democratic Republic to Malaysia, which will host the 22nd AMIM in 2025. This transition signifies a continued commitment to regional cooperation and the strengthening of military intelligence ties within ASEAN.




  

MESYUARAT PERISIKAN TENTERA ASEAN KE-21 BERAKHIR

 

 

VIENTIANE, 3 September 2024 – Mesyuarat Perisikan Tentera Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)  ke-21 (AMIM ke-21) telah berakhir dengan jayanya pada hari ini di Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao. Mesyuarat yang berlangsung pada 1 hingga 3 September 2024 ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Lao dengan tema “ASEAN: Bersama untuk Keamanan, Keselamatan dan Ketahanan.”

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Brigedier Jeneral Bouavanh Athanaxay, Ketua Pengarah Jabatan Perisikan Tentera, telah menghimpunkan ketua-ketua perisikan tentera dari negara-negara ahli ASEAN berserta dengan wakil dari Timor Leste sebagai ahli pemerhati.  Delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Kolonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Pengarah Perisikan di Kementerian Pertahanan.

 

Sebelum mesyuarat utama, satu sesi pegawai-pegawai staf telah diadakan pada 2 September 2024 bagi membincangkan Kenyataan Bersama untuk Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Tentera ASEAN (ACDFM) dan menyemak kesemua  perlaksanaan inisiatifnya.

 

Semasa AMIM ke-21 berlansung, para peserta turut mengikuti sesi dialog yang membina mengenai kebimbangan keselamatan Bersama yang mempengaruhi rantau ini. Perbincangan menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi perisikan tentera ASEAN di dalam menangani ancaman baharu dan meningkatkan keupayaan perisikan tentera.

 

Mesyuarat berakhir dengan upacara penyerahan tugas, menandakan peyerahan tugas pengerusi dari Republik Demokratik Rakyat Lao kepada Malaysia, yang akan mempengerusikan AMIM ke-22 pada tahun 2025. Penyerahan tugas ini menandakan komitmen yang berterusan akap kerjasama serantau dan memperkukuhkan hubungan diantara perisikan tentera ASEAN.

 ​


Attachments