BOLKIAH GARRISON, Friday, 04 April 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, extended his Hari Raya Aidilfitri greetings to the Defence Attachés and Advisers of Brunei Darussalam in host countries, including members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent on peacekeeping mission with the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) alongside the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12, the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT 6/2024) in Mindanao, Republic of the Phillippines, officer serving at the Information Fusion Centre (IFC) in the Republic of Singapore and also RBAF personnel attending courses overseas. The session were delivered on a virtual meeting at the RBAF Joint Forces Headquarters.
Also present during the session were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, members of the RBAF Executive Committee and Senior Officers.
Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II expressed his deepest appreciation for the dedication and sacrifices made by the RBAF personnel serving abroad. He emphasized that their involvement not only reflects a commitment to global security but also enhances the reputation of RBAF and Brunei Darussalam on the international front. This aligns with the pillars of Defence Diplomacy which forms the core of the nation’s security strategy. He stated that serving abroad is a significant sacrifice and a sacred trust, and it is also considered a highly value form of jihad in the eyes of Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
He also reminded the RBAF officers and personnel pursuing further education or training abroad under scholarships awarded from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to seize the opportunity to enrich themselves with knowledge, hone the skills, and experience for the advancement of the organization and their beloved homeland.
Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II also extended his gratitude to all Defence Attachés and Advisors including their Assistant Defence Attachés and Advisors in their respective host countries. Their presence is crucial in strengthening defence cooperation networks between Brunei Darussalam and its partners. He also encouraged them to capitalize on opportunities to build fraternal bonds, understand diverse cultural backgrounds, and elevate bilateral cooperation to a higher level.
He reminded all RBAF personnel that every conduct should be grounded in piety, trustworthiness, and sincerity, aligning with the RBAF core value. At the same time, they should uphold noble character, respect the culture and customs of the host countries, and always display positive etiquette and the identity of Brunei Darussalam, which practices the
Malay Islamic Monarchy philosophy. He reminded that RBAF personnel are considered ambassadors of the nation, playing a vital role in upholding the country’s good name.
At the end of the meeting, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II, representing the Ministry of Defence, extended his Hari Raya Aidilfitri greetings to all RBAF personnel serving abroad and expressed hope for their safety. He reassured that RBAF will continuously pray for the well-being of those serving abroad and for the strength and protection of their families left behind. In addition, he also reminded that RBAF will continue to provide support to ensure the welfare of families of those serving abroad through welfare units, including the RBAF Wives Welfare Association (BAKTI).





MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG BERTUGAS DAN BERKURSUS DI LUAR NEGARA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 04 April 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, telah menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para Atase dan Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang bertugas di negara-negara sahabat, termasuk anggota-anggota Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menjalani misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan
(UNIFIL) bersama Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 dan misi
Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT 6/2024) di Mindanao, Republik Filipina, pegawai yang bertugas di
Information Fusion Centre (IFC), Republik Singapura serta anggota-anggota ABDB yang menjalani kursus di luar negara melalui perjumpaan secara maya yang diadakan di Markas Angkatan Bersama ABDB.
Turut hadir dalam sidang tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh anggota-anggota ABDB yang bertugas diluar negara. Beliau menekankan bahawa penglibatan mereka bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap keamanan sejagat, malah turut mengharumkan nama ABDB dan Negara Brunei Darussalam di persada antarabangsa, selaras dengan tonggak Diplomasi Pertahanan yang menjadi teras kepada strategi keselamatan negara. Menjalankan tugas di perantauan merupakan satu pengorbanan besar dan amanah suci dan ianya juga merupakan bentuk jihad yang tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Beliau turut mengingatkan kepada para pegawai dan kakitangan yang sedang melanjutkan pelajaran atau berkursus di luar negara di bawah anugerah biasiswa kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, agar memanfaatkan peluang tersebut sebaik-baiknya dengan memperkaya diri dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman, demi kemajuan organisasi dan tanah air yang tercinta.
Dikesempatan ini juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga menyampaikan penghargaan kepada para Atase dan Penasihat Pertahanan termasuk para Pembantu Staf kepada Atase dan Penasihat Pertahanan Pertahanan Negara Brunei Darussalam di negara-negara sahabat. Kehadiran mereka amat signifikan dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara sahabat. Dan juga mengingatkan bagi memanfaatkan peluang untuk membina jalinan ukhuwah, memahami pelbagai latar belakang budaya, dan mengangkat martabat kerjasama dua hala ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau juga mengingatkan kepada semua anggota-anggota ABDB, setiap tindakan hendaklah berlandaskan ketakwaan, amanah, dan keikhlasan yang selaras dengan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pada masa yang sama memelihara peribadi mulia, menghormati budaya dan resam dan undang-undang negara tuan rumah, dan sentiasalah menampilkan tatasusila positif serta jati diri rakyat Negara Brunei Darussalam yang mengamalkan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Anggota-anggota ABDB juga dianggap sebagai duta negara, yang memainkan peranan penting dalam membawa nama baik negara.
Diakhir perjumpaan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mewakili seluruh warga Kementerian Pertahanan, bagi menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada semua anggota ABDB yang sedang bertugas dan berada di luar negara. Beliau yakin bahawa ABDB akan sentiasa mendoakan keselamatan anggota-anggota dan semoga keluarga yang telah ditinggalkan diberikan ketabahan dan perlindungan. Beliau turut mengingatkan bahawa ABDB akan sentiasa berusaha memberikan sokongan demi menjaga kesejahteraan keluarga yang bertugas di luar negara melalui unit-unit kebajikan termasuk Persatuan Kebajikan Isteri (BAKTI) ABDB.