The Ministry of Defence would like to draw the public's attention to
the upcoming Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary Celebration, which will take place on Saturday, 31 May 2025, at the Muara Naval Base, as announced during the official media conference held on 21 May 2025.
In this regard, the public is reminded to remain
only within designated segments of the area that are open to the public as determined by the organizer.
Military camps and bases on any
unauthorized drone flights within the airspace of the event area are strictly prohibited.
The Ministry of Defence also wishes to reiterate that
military camps or bases are restricted zones, including the airspace surrounding them, which has been
declared a no-fly zone for all drone activity without official authorization.
Any attempt to operate a drone, whether intentional or otherwise, will be
strictly prohibited and will be considered as a serious security violation. The RBAF will not hesitate to take firm action against any individuals found violating this regulation.
Such violations may also be prosecuted under
the Civil Aviation Order 2006, Part X: General, Offences and Penal Provision, Paragraph 51(1), which stipulates that offenders are liable upon conviction to
a fine not exceeding BND50,000, imprisonment for a term not exceeding five (5) years, or both, upon conviction.
The Ministry of Defence would like to extend its
deepest appreciation for the cooperation and understanding of all parties in ensuring the success of this celebration and in
upholding security as our utmost priority.
KENYATAAN MEDIA
PERINGATAN SEKURITI :
KAWASAN RUANG UDARA TERHAD - LARANGAN PENERBANGAN DRON DI KAWASAN PERKHEMAHAN DAN PANGKALAN TENTERA
Kementerian Pertahanan ingin menarik perhatian orang ramai bahawa
sambutan hari kemuncak sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan berlangsung tidak lama lagi, iaitu pada Hari Sabtu, 31 Mei 2025, bertempat di Pangkalan Muara, Tentera Laut Diraja Brunei, seperti yang telah dimaklumkan semasa sidang media rasmi pada 21 Mei 2025.
Sehubungan dengan itu, orang ramai
diingatkan untuk hanya berada di kawasan segmen yang dibukakan kepada umum sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Kementerian Pertahanan juga ingin menyampaikan peringatan bahawa
kawasan perkhemahan dan pangkalan tentera merupakan zon terhad, termasuk ruang udara di sekitarnya, yang telah
diwartakan sebagai kawasan larangan aktiviti penerbangan dron tanpa kebenaran rasmi.
Sebarang percubaan untuk menerbangkan dron, sama ada dengan sengaja atau sebaliknya, adalah
dilarang sama sekali dan dianggap satu pelanggaran sekuriti yang serius. ABDB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan ini.
Pelanggaran tersebut boleh
didakwa di bawah
Civil Aviation Order 2006 Part X, General, Offences and Penal Provision, Perenggan 51(1) yang memperuntukkan bahawa pesalah boleh
dikenakan denda tidak melebihi BND$50,000, atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Akhir sekali, Kementerian Pertahanan ingin
merakamkan setinggi-tinggi perhargaan atas kerjasama dan keprihatinan dari semua pihak dalam sama-sam menjayakan sambutan pada kali ini serta memastikan
aspek sekuriti sentiasa menjadi keutamaan bersama.