Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS ROYAL HIGHNESS PRINCE HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, DEPUTY SULTAN ATTENDS THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY CELEBRATION GRAND PARADE



​​Royal Brunei Naval Base, Muara, Saturday, 31 May 2025 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Deputy Sultan, today attended the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary Celebration Grand Parade, at the Muara Naval Base, Royal Brunei Navy (RBN).


The arrival of His Royal Highness, Deputy Sultan at the Parade Square, was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.


His Royal Highness was then ushered to the Royal Dais to receive the Royal Salute, and subsequently inspected the Guard of Honour under the command of the Parade Commander, Yang Mulia Commander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, involving a total of 1,064 RBAF personnel comprising the Royal Brunei Land Forces (RBLF); Royal Brunei Navy (RBN); Royal Brunei Air Force (RBAirF); along with the bearers of the RBAF Unit Colours; the Special Forces Regiment (SFR); the Combined RBAF Women Military Personnel; the Combined RBAF Band and the Pipes and Drums of the RBLF; as well as RBAF operational assets.


The grand parade then proceeded with the slow and quick march-past bearing the RBAF’s Regimental Colours, followed by an ‘Advanced in Review Order’. His Royal Highness then consented to deliver a Sabda to commemorate the RBAF 64th Anniversary Celebration. 


To bless the ceremony, a Doa was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). His Royal Highness was once again accorded the Royal Salute, followed by a sail-past of the RBN ships - KDB DARUSSALAM, KDB BERKAT, and KDB AL-FARUQ, and a fly-past by the RBAirF Blackhawk and C295MW aircraft.


Subsequently, His Royal Highness proceeded to the Naval Training Centre to view the Defence Development Exhibition.  His Royal Highness consented to a group photo session with RBAF personnel who had participated in international missions with the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), the Independent Decommissioning Body (IDB), and Operation BADAI TADUH (Humanitarian and Disaster Relief Mission) in the Republic of the Philippines.


His Royal Highness then proceeded to Samudera Hall, followed by the Senior Petty Officer and Petty Officer Mess for a ‘Get-Together’ session with the Junior and Senior Non-Commissioned Officers (JNCOs and SNCOs) of the RBAF. At both venues, His Royal Highness joined group photo sessions, which His Royal Highness received a Pesambah, consented to receive the Junjung Ziarah, and signed the Royal Parchment.


His Royal Highness then proceeded to the RBN Officers’ Mess for the Royal Luncheon. Upon arrival, His Royal Highness joined a group photo session with former Deputy Ministers of Defence, former Commanders of the RBAF, Special Guests, and Senior RBAF Officers. 


Following this, His Royal Highness consented to grace the Cake-Cutting Ceremony at the Main Hall in celebration of the RBAF’s 64th Anniversary, and received a Pesambah from RBAF officers. The ceremony concluded with the recitation of the Doa Selamat by the Acting Director of JAMA’AT.


Marking its 64th year, the RBAF continues to make significant progress as a credible and competitive national defence institution. Under the theme “Together United to Achieve the Nation’s Aspirations,” this year’s celebration embodies the spirit of unity and the RBAF’s commitment to uphold its core values alongside the Malay Islamic Monarchy (MIB) philosophy, towards achieving Brunei Vision 2035. The RBAF remains guided by the three main pillars of defence outlined in the 2021 Defence White Paper: Deterrence and Response, Defence Diplomacy, and Holistic Defence, serving as a strategic foundation in the effort to safeguard the sovereignty and territorial integrity of the nation.



















DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TIMBALAN SULTAN BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA PERBARISAN RAKSASA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64


Pangkalan Muara Tentera Laut Diraja Brunei, Sabtu, 31 Mei 2025 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-64 di Padang Kawad Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), di Pangkalan Laut Muara.


Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia, Timbalan Sultan di Padang Kawad dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.  


Duli Yang Teramat Mulia dijunjung ke Pentas Diraja bagi menerima Tabik Hormat Diraja, seterusnya memeriksa barisan Pasukan-Pasukan Perbarisan Raksasa di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, Yang Mulia Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, yang melibatkan seramai 1,064 anggota ABDB terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB); Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB); Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB); beserta rombongan Panji-Panji Pasukan ABDB; Rejimen Pasukan Khas (RPK); Gabungan Askar Wanita ABDB; Gabungan Pancaragam ABDB, serta Serunai dan Tambur TDDB, dan aset-aset operasi ABDB.


Upacara disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh Pasukan-Pasukan Perbarisan dengan membawa Panji-Panji Pasukan ABDB diikuti dengan perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengurniakan Sabda bersempena Sambutan HUT ABDB Ke-64. 


Bagi memberkati upacara tersebut, bacaan Doa telah dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Duli Yang Teramat Mulia sekali lagi disembahkan dengan Tabik Hormat Diraja, diikuti dengan pelayaran lalu kapal-kapal TLDB - KDB DARUSSALAM, KDB BERKAT, KDB AL-FARUQ, serta terbang lalu pesawat-pesawat Blackhawk dan C295MW TUDB. 


Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung berangkat ke Pusat Latihan TLDB (PLTL) bagi menyaksikan Pameran Perkembangan Pertahanan. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan bagi sesi bergambar ramai bersama anggota ABDB yang telah menyertai misi-misi antarabangsa di bawah United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL), Independent Decommissioning Body (IDB) dan Operasi BADAI TADUH (Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana) di Republik Filipina.


Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat bercemar ke Dewan Samudera, dan diikuti dengan ke Mes Pegawai Waran Bintara Kanan dan Bintara TLDB bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai Tidak Bertauliah Rendah dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan ABDB. Di kedua-dua lokasi tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk sesi bergambar ramai, seterusnya menerima Pesambah, dan berkenan menerima Junjung Ziarah serta menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan. 


Duli Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung berangkat ke Mes Pegawai TLDB bagi Majlis Santap Tengahari. Sejurus keberangkatan tiba, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk bergambar ramai bersama mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan, mantan-mantan Pemerintah ABDB, Jemputan Khas dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB. 


Sejurus itu, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung bagi Upacara Memotong Kek di Dewan Utama sempena Sambutan HUT ABDB Ke-64, dan seterusnya menerima Pesambah daripada pegawai-pegawai ABDB. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pemangku Pengarah JAMA’AT. 


Meniti usia ke-64 tahun, ABDB terus mencatat kemajuan yang ketara sebagai sebuah institusi pertahanan negara yang berwibawa dan berdaya saing. Bertemakan “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara”, sambutan tahun ini menzahirkan semangat kesatuan dan iltizam ABDB dalam mendokong nilai-nilai teras ABDB serta falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), dengan tekad yang padu untuk merealisasikan gagasan negara dalam mencapai Wawasan Brunei 2035. ABDB sentiasa bertunjangkan kepada tiga tonggak utama pertahanan seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021 iaitu Cegah Rintang dan Tindakbalas, Diplomasi Pertahanan dan Pertahanan Holistik, sebagai landasan strategik dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah.​


Attachments