Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS ROYAL HIGHNESS PRINCE HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, DEPUTY SULTAN GRACES THE DOA KESYUKURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY



BOLKIAH GARRISON, Friday, 30 May 2025 – All suraus under the Ministry of Defence including Masjid Pulau Baru-Baru, held a Doa Kesyukuran Ceremony earlier this evening to seek blessings and commemorate the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), with the main event held at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison.


The Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Ad-Difa’ was graced by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Deputy Sultan.


The arrival of His Royal Highness, Deputy Sultan was received by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.


The ceremony commenced with the recitation of verses from the Holy Quran Surah Ali ‘Imran, verses 121 to 127, read by Yang Mulia Private Mohammad Fahmi ‘Izuddin bin Mudim Awang Haji Tamin from the Third Battalion, Royal Brunei Land Forces (RBLF), who represented the RBAF as Qari at the 9th and 10th International Holy Qur’an Memorisation Competition for Military Personnel in 2022 and 2025 in Mecca Al-Mukarramah, Kingdom of Saudi Arabia, as well as at the National Qur’an Recitation Competition 1446H/2025M held on 11 February 2025 in Brunei Darussalam.


His Royal Highness then performed the mass Fardhu Maghrib prayer led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), who subsequently also led the Sunat Hajat prayer to pray for the recovery, health and continued well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalamm and also to pray for RBAF to always be granted Allah Subhanahu wa Taala’s guidance and protection in carrying out their duties and responsibilities. The ceremony then continued with the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and a Special Doa in conjunction with the 64th Anniversary of the RBAF, before concluding with the mass Fardhu Isya’ prayer.


His Royal Highness then proceeded to the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison for a commemorative photo session and an evening banquet prior to the conclusion of the event. 


Also in attendance during the ceremony were invited guests including the former Deputy Ministers of Defence and former Commanders of the RBAF, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, members of the RBAF Executive Committee, Commandants, Directors and Senior Officers of the Ministry of Defence.


The Doa Kesyukuran Ceremony was held with the aim of seeking the blessings from Allah Subhanahu wa Ta'ala, for the RBAF to continue being endowed with strength and success in fulfilling its vision and mission. 


The RBAF 64th Anniversary Celebration, themed “Together United to Achieve the Nation’s Aspirations”, is scheduled to take place on 31 May 2025 at the Royal Brunei Naval Base, Muara.












DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TIMBALAN SULTAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 30 Mei 2025 – Semua surau Kementerian Pertahanan termasuk Masjid Pulau Baru-Baru lewat petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran khusus bagi memperingati Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang Ke-64 dengan tumpuan majlis di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison.


Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa' disemarakkan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan. 


Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Timbalan Sultan dijunjung oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.


Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Ali ‘Imran, ayat 121 hingga 127, yang dibacakan oleh Yang Mulia Soldadu Mohammad Fahmi ‘Izuddin bin Mudim Awang Haji Tamin dari Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), wakil Qari ABDB bagi Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi Anggota Tentera kali ke-9 dan ke-10 pada tahun 2022 dan 2025 di Mekah Al-Mukarramah, Kerajaan Arab Saudi, serta Pertandingan Tilawah Al-Quran Kebangsaan bagi Tahun 1446H/2025M yang telah berlangsung pada 11 Februari 2025 yang lalu di Negara Brunei Darussalam. 


Duli Yang Teramat Mulia, Timbalan Sultan kemudiannya menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bagi memohon kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga bagi mendoakan ABDB sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan Allah Subhanahu wa Taala dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta Doa Khas Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-64, sebelum diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ Berjemaah.


Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan berangkat ke Mes Pegawai, Bolkiah Garison bagi sesi foto kenangan dan diikuti dengan Majlis Santap sebelum majlis berakhir. 


Turut hadir menyertai majlis tersebut ialah para jemputan khas yang terdiri daripada mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.


Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan dengan tujuan untuk memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar ABDB sentiasa dikurniakan kekuatan dan kejayaan dalam melaksanakan visi dan misinya. 


Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64 ini bertemakan “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara”, dijadualkan akan berlangsung pada 31 Mei 2025 bertempat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.




Attachments