BOLKIAH GARRISON, Selasa 7 Mei 2014 – Kejohanan Bulu Tangkis Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah bermula pada 24 April 2014 dan berakhir pada 7 Mei 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Bolkiah Garrison.
Adapun tujuan kejohanan ini dilaksanakan adalah bagi mengeratkan tali Silatur Rahim dan untuk memilih pemain yang berbakat untuk mewakili Kementerian Pertahanan ke Kejohanan Sukan Kementerian-Kementerian yang akan berlangsung pada bulan Mei ini. Sebanyak 5 pasukan menyertai perlawanan ini yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB dan Kementerian Pertahanan. Setiap pasukan telah menghantar sebanyak 4 pasukan yang terdiri dari 2x Acara Perseorangan dan 2x Acara Bergu.
Pada tahun ini Kementerian Pertahanan adalah pengendali bagi perlawanan Bulu Tangkis Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi Tahun 2014.
Pada Perlawanan akhir yang berlangsung pada hari ini adalah pertemuan di antara Tentera Darat Diraja Brunei dengan Kementerian Pertahanan, yang mana perlawanan itu telah dimenangi oleh pasukan Tentera Darat Diraja Brunei dengan keputusan 3 – 1.
Tetamu Kehormat ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan beliau seterusnya berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang pada perlawanan tersebut.