PENANJONG GARISON, Rabu 15 April 2015 - Eksesais Semangat Waja VI yang dianjurkan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) melibatkan latihan dua hala bersama Angkatan Tentera Republik Singapura (ABRS) iaitu Eksesais Maju Bersama dan Eksesais Rintis Bersama.
Eksesais ini juga melibatkan latihan dua hala Tentera Darat Diraja Brunei bersama 1st Battalion Royal Gurkha Regiment (1RGR).
Perbarisan bagi upacara pembukaan rasmi Eksesais Maju Bersama TDDB diadakan pada hari ini di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, Perkhemahan Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Brigadier General Lim Hock Yu, Chief Of Staff - General Staff, Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) dan Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Timbalan Pemerintah TDDB.
Turut hadir ialah Atase Pertahanan ABRS di Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel Choo Teck Chuon, 2IC 7 Bde, Leftenan Kolonel Joseph Lin Yuon Feng, Pegawai Pemerintah 3 Gds dan Leftenan Kolonel Wata bin Abdullah Awat, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan Pegawai–pegawai TDDB. Majlis bermula dengan hormat panglima bagi kedua–dua tetamu kehormat diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Chief of Staff - General Staff ABRS yang juga menandakan pembukaan bagi Eksesais tersebut. Eksesais ini bermula pada 14 April 2015 hingga 26 April 2015.
Eksesais Maju Bersama pada tahun ini adalah yang ke 20 tahun. Latihan ini merupakan latihan dua hala diantara TDDB dan ABRS yang bermula pada tahun 1984, yang mula dikenali dengan nama Eksesais Termite, Flaming Arrow, Dragon Ball dan BRUSING. TDDB dan ARBS menjadi tuan rumah secara bergilir–gilir, dan melibatkan satu Kompani daripada setiap angkatan tentera yang diserapkan ke dalam unit tuan rumah.
Manakala di Markas Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Penanjong Garison berlangsung upacara pembukaan rasmi Eksesais Rintis Bersama Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (SJT Bn Bantu TDDB) dan 30 Singapore Combat Engineer, Angkatan Bersenjata Republik Singapura (30 SCE ABRS).
Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Leftenan Kolonel Abidin bin Haji Timbang, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan Leftenan Kolonel Ho Sze Tek, Pegawai Pemerintah 30 SCE ABRS
Eksesais Rintis Bersama adalah latihan yang melibatkan SJT Bn Bantu TDDB dan SCE ABRS yang mula dikenali dengan Eksesais Bold Castle yang bermula sejak tahun 1989. Latihan ini memberikan pendedahan kepada anggota-anggota Jurutera Tempur dari kedua-dua negara tentang kelengkapan, keupayaan dan profesionalisma.
Sementara di Padang Kawad, Batalion Ketiga TDDB, Perkhemahan Lumut berlangsung upacara pembukaan rasmi Eksesais Parang Kukri, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dan 1st Battalion Royal Gurkha Regiment (1RGR).
Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Kolonel Khairul Hamed bin Awang Lampoh, Ketua Staff Tentera Darat Diraja Brunei.
Eksesais Parang Kukri melibatkan Kompeni C daripada 1 RGR yang berpangkalan di Seria. Dalam Eksesais ini, anggota dari kedua-dua angkatan tentera berkesempatan untuk bertukar pengalaman, pengetahuan dan meningkatkan keupayaan serta tahap profesionalisma. Eksesais ini bermula pada 14 April 2015 hingga 26 April 2015.
![](/News_Images/2015/April/150415%20Opening%20Ex%20Waja%20VI/tut1.jpg)
Eksesais Maju Bersama di Perkhemahan Tutong
Eksesas Rintis Bersama di Perkhemahan Penanjong
Eksesais Parang Kukri di Perkhemahan Lumut