BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 16 February 2021 - The 37th National Day celebration began with a giant flag hoisting ceremony in the capital. The raising of the giant national flag was officiated by Yang Berhormat Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports.
The giant-sized flag was raised by 20 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) led by Lieutenant Junior Grade Mohd Firdaus bin Colonel (Rtd) Dato Paduka Haji Joharie, TLDB, in the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.
The ceremony was also attended by First Admiral Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Commander of RBN and other Service Commanders from Royal Brunei Armed Forces.
The theme for this year’s 37th National Day celebration is Menjayakan Wawasan Negara, in line with the nation’s aspirations of Brunei Vision 2035.

UPACARA MENAIKKAN BENDERA BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-37
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Februari 2021 – Upacara menaikkan bendera besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 telah berlangsung di Bandar Seri Begawan. Kenaikan bendera besar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Upacara menaikkan bendera besar telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Mohd Firdaus bin Kolonel (B) Dato Paduka Haji Joharie di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut hadir ialah Laksamana Pertama Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemerintah TLDB dan juga Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 bagi tahun ini ialah ‘Menjayakan Wawasan Negara’, sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.