Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI LAND FORCE MARKS 61st ANNIVERSARY



LUMUT CAMP, Friday, 4 November 2022 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 61st Anniversary with a military parade comprising 1,206 personnel at Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), Lumut Camp.


Present as Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander RBLF. Also present were Deputy Commander RBLF, Field Commander RBLF and Senior Land Force Officers from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). 


Upon arrival, Commander RBLF received the honourary salute led by Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Acting Commanding Officer of the School of Infantry RBLF. This was followed by an inspection of the parade and a speech by the Commander RBLF.


In his speech, Commander RBLF reiterated the pledge of unwavering loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and reflected on how RBLF had reached its 61 years of glory, continuously evolving throughout the years under the guidance of His Majesty, evident from RBLF's pioneering moment to its development and modernisation era in line with RBLF's vision of "A Capable and Adaptable Army". 


With the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Commander RBLF announced the structuring of the Combined Arms Battalion (CABn), Royal Guards Regiment RBLF, Dental Services RBLF, Medical and Health Services RBLF.


He also highlighted RBLF's achievements throughout 2022, including the consented Field Commander of RBLF with the rank of Colonel, the establishment of Combat Boat Squadron and Intelligence Troop RBLF. He further highlighted the importance of paving RBLF's future milestones through the Force Structure Review and Force 2035, as well as the "Commander's Guide" for the year 2023. The guidance is to serve as a source of inspiration and guide for all levels throughout RBLF in carrying out tasks and responsibilities entrusted to them. He then reminded personnel not to be complacent, to always keep abreast with current affairs and not take safety and security issues lightly.


He then concluded his speech and conveyed his most profound appreciation to Deputy Minister of Defence, Commander RBAF, former Commanders of RBAF, RBLF's retired personnel for their contributions, as well as all serving RBLF personnel for their undivided devotion and sacrifice in carrying out their duties and responsibilities and equally thanked the families of RBLF personnel and civilians who have provided their endless support.


The ceremony then continued with a badge presentation by Commander RBLF to mark the initiation of the personnel from the Combined Arms Battalions (CABn) who were involved in Exercise SEMANGAT BERSATU held from 11 until 31 October 2022. This was followed by the pledge of the Land Force Oath from the Guard of Honour, Doa Selamat and a group photo. 


The ceremony then proceeded to the Officers' Mess, Lumut Camp, for cake cutting to mark RBLF's 61st Anniversary before proceeding with refreshments and Closing Doa. 


Various activities have been organised to commemorate and enliven the 61st RBLF Anniversary, including a Tahlil at the Royal Mausoleum on 27 October 2022 and Doa Kesyukuran prayers on 3 November 2022.







TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI ULANG
TAHUN KE-61
 


PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 4 November 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) meraikan Hari Ulang Tahun penubuhannya ke-61 dengan upacara Kawalan Perbarisan yang terdiri daripada 1,206 anggota bertempat di Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).  


Sejurus dari ketibaan, Pemerintah TDDB  menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB. Ini diikuti dengan pemeriksaan perbarisan dan ucapan dari Pemerintah TDDB. 


Dalam ucapan, Pemerintah TDDB melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekaligus mengimbas detik-detik kegemilangan TDDB yang bersejarah dalam meniti usianya 61 tahun di bawah naungan Baginda yang bijaksana demi memastikan TDDB terus berkembang maju dan pesat. Ini dibuktikan dari bermulanya detik perintis TDDB sehinggalah ke era pembangunan dan  pemodenan selaras dengan visi TDDB iaitu "Tentera Darat yang berkemampuan dan beradaptasi".


Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah TDDB mengumumkan penstrukturan ke atas Combined Arms Battalions (CABn), Rejimen Pengawal Diraja TDDB, Khidmat Pergigian TDDB, serta Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.


Beliau turut mengongsikan pencapaian TDDB di sepanjang tahun 2022 termasuk penauliahan bagi jawatan Pemerintah Medan TDDB berpangkat Kolonel, penubuhan Skuadron Bot Tempur dan Pasukan Perisikan TDDB. Beliau turut menekankan kepentingan untuk merujuk kepada Force Structure Review dan Force 2035 dalam meneroka dan menentukan perancangan masa depan TDDB serta “Panduan Pemerintah” bagi tahun 2023. Panduan Pemerintah tersebut diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada semua lapisan warga TDDB dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Beliau turut mengingatkan semua anggota supaya tidak leka, sentiasa mengambilkira hal ehwal semasa dan tidak mengambil mudah isu keselamatan dan sekuriti. 


Sebelum mengakhiri ucapan, Pemerintah TDDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah ABDB, Mantan Pemerintah ABDB, warga TDDB yang telah bersara atas khidmat dan sumbangan mereka selama ini, warga TDDB yang sedang berkhidmat di atas kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan dalam berbakti menanai amanah serta kepada ahli keluarga anggota TDDB dan anggota awam yang sentiasa memberikan sokongan padu.


Majlis diikuti dengan penyampaian lencana oleh Pemerintah TDDB kepada anggota CABn bagi menandakan permulaan penubuhan Combined Arms Battalions (CABn) yang juga telah terlibat dalam Latihan SEMANGAT BERSATU yang telah diadakan dari 11 hingga 31 Oktober 2022, disusuli dengan ikrar Tentera Darat daripada Barisan Kawalan Kehormatan, bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.


Majlis kemudian diteruskan dengan pemotongan kek sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke-61 bertempat di Mes Pegawai, Perkhemahan Lumut diikuti dengan jamuan petang dan bacaan Doa Penutup.


Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke-61, pelbagai aktiviti telah diungkayahkan termasuk Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja pada 27 Oktober 2022 dan Majlis Doa Kesyukuran pada 3 November 2022.


Attachments