BERAKAS GARRISON, Friday, 9 June 2023 – The Handover Takeover Ceremony between the outgoing Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif and the new Commander of RBLF, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman was held this morning at First Battalion RBLF, Parade Square, Berakas Garrison.
The Deputy Commander of RBLF attended the Ceremony, along with RBLF senior officers and officers, as well as the Land Force Sergeant Major and RBLF personnel.
Upon arrival, the outgoing Commander of RBLF received the honourary salute and then inspected the Guard of Honour consisting of RBLF personnel under the command of Major Mohamad Safizan bin Ahmad, Deputy Commanding Officer of Third Battalion RBLF.
In his farewell speech as the 13th Commander of the RBLF, the outgoing commander emphasised that the duties and responsibilities of all RBLF personnel are crucial in the role of national defence. He also highlighted that it is appropriate that all RBLF personnel who bear this responsibility to have exact obedience and enthusiasm, sustainable leadership, robust preparedness, and strong spiritual strength to propel the RBLF towards success in upholding the sovereignty of the Monarchy, Religion and Country.
The ceremony continued with the signing of certificates and the handover of Tongkat Kepimpinan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei from the outgoing Commander of RBLF to the new Commander of RBLF, symbolising the official handing over of duties as Commander of the RBLF.
As the newly appointed Commander of the RBLF, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman delivered his inaugural speech as the 14th Commander of RBLF, in which he conveyed three basic guidelines - Satria, Setia and Sedia, that will be able to generate and increase the spirit of Chivalry, Loyalty and Preparedness to every member in ensuring the RBLF will undertake its roles and duties as an organisation that is united, credible and adaptive in both maintaining peace and prosperity of Brunei Darussalam.
To bless the ceremony, Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad from the Royal Brunei Armed Forces, Religious Directorate (JAMA’AT) recited the Doa Selamat and Doa Ambil Alih Tugas as well as the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony then proceeded to the Officer’s Mess in Berakas Garrison and concluded with a group photo session and the signing of parchment.
PERTUKARAN TAMPUK PEMERINTAHAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Jumaat, 9 Jun 2023 – Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pada hari ini di antara Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif dan Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB yang baru yang telah diadakan pada pagi tadi
bertempat di Padang Kawad, Batalion Pertama TDDB, Garison Berakas.
Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pemerintah TDDB, pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai TDDB serta Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB.
Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB
menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota-anggota TDDB di bawah perintah Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad,
Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB.
Dalam ucapan beliau sebagai Pemerintah TDDB ke-13 menekankan bahawa tugas dan tanggungjawab semua anggota TDDB adalah penting dalam peranan pertahanan negara. Sewajarnya semua anggota TDDB yang memikul tanggungjawab ini mempunyai ketaatan dan semangat kepimpinan yang mampan, kesiapsiagaan yang mantap, dan kekuatan rohani yang kuat untuk memacu TDDB ke arah kejayaan menegakkan kedaulatan Raja, Agama dan Negara.
Majlis diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB dan penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB daripada mantan Pemerintah TDDB dan Pemerintah TDDB yang baru, melambangkan penyerahan rasmi tugas sebagai Pemerintah TDDB.
Selaku Pemerintah TDDB yang ke-14, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman turut menyampaikan ucapan ulung beliau yang mana beliau menyampaikan tiga panduan asas - Satria, Setia dan Sedia, yang akan dapat menjana dan meningkatkan semangat Kesatriaan, Kesetiaan dan Kesiapsiagaan kepada setiap anggota dalam memastikan Tentera Darat Diraja Brunei akan dapat melaksanakan peranan dan tugasnya dengan berkesan sebagai satu organisasi yang bersatu-padu, kredibel dan adaptif dalam sama-sama menjaga keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam.
Bagi memberkati upacara,
Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT)
membacakan Doa Selamat dan Doa Ambil Alih Tugas serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis kemudian beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison dan diakhiri dengan Doa Penutup, sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.