Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE ATTENDS THE 19th IISS MANAMA DIALOGUE 2023 IN MANAMA, THE KINGDOM OF BAHRAIN


MANAMA, Saturday, 18 November 2023 – A delegation from the Ministry of Defence Brunei Darussalam, led by Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies attended the 19th International Institute for Strategic Studies Manama Dialogue 2023 (19th IISS Manama Dialogue 2023), in the Kingdom of Bahrain, from 17 to 19 November 2023. The IISS hosted this year’s dialogue at the Ritz-Carlton Hotel, Bahrain, which gathered senior government officials, policymakers, military leaders as well as experts from world renowned research institutions to discuss wide ranging security challenges in the Middle East and beyond. 


With the theme “Risks and Opportunities of Strategic Diversification”, participants discussed topics such as the security implications of global competition, conflict escalation in the Middle East, and new initiatives for regional peace. Officials also had the opportunity to address regional challenges and engage with experts aimed at enhancing strategic and defence cooperation throughout the three-day dialogue.

The dialogue began with an official dinner and a keynote address by His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Khalifa, the Crown Prince, Deputy Supreme Commander of the Armed Forces and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain. In his address, His Royal Highness Prince Salman Bin Hamad Al Khalifa urged the international community, among others, to end the war in Gaza, to uphold human rights, especially to civilians and non-combatants, and that diplomacy and the rule of international law must be the principal mechanisms for conflict resolution.

Since 2004, the IISS Manama Dialogue has been conducted annually in the Kingdom of Bahrain. This year it was attended by more than 500 officials. It serves as a key component of the Middle East's security framework, offering participating states a platform to share perspectives on regional issues and challenges.








KEMENTERIAN PERTANANAN MENGHADIRI IISS MANAMA DIALOGUE 2023 KE-19 DI MANAMA, KINGDOM OF BAHRAIN

MANAMA, Sabtu, 18 November 2023 – Delegasi Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menghadiri the International Institute for Strategic Studies Manama Dialogue 2023 ke-19 (19th IISS Manama Dialogue 2023), bertempat di Kingdom of Bahrain dari 17 hingga 19 November 2023. IISS menjadi tuan rumah kepada dialog tahun ini di Hotel Ritz-Carlton, Bahrain yang mana dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, penggubal dasar, ketua-ketua angkatan tentera dan juga pakar-pakar dari institusi penyelidikan yang terkemuka di dunia untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran keselamatan serantau. 

Dengan tema, “Risks and Opportunities of Strategic Diversification”, para hadirin membincangkan tajuk seperti implikasi keselamatan persaingan global, peningkatan konflik di Timur Tengah, dan inisiatif-inisiatif baharu untuk keamanan serantau. Para hadirin juga berpeluang untuk membincangkan isu-isu serantau dan inisiatif lanjut bersama pakar-pakar ke arah mengukuhkan kerjasama pertahanan dan strategik semasa dialog selama tiga hari tersebut.

Dialog tersebut bermula dengan ucaptama oleh His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Khalifa, the Crown Prince, Deputy Supreme Commander of the Armed Forces and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain. Dalam ucaptama berkenaan, His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa telah mengurniakan sabda, antara lainnya, dengan fokus kepada menamatkan peperangan di Gaza, menegakkan hak asasi manusia terutamanya kepada orang awam dan non-combatants dan diplomasi serta undang-undang antarabangsa mesti menjadi mekanisme utama untuk penyelesaian konflik.

Sejak tahun 2004, IISS Manama Dialogue diadakan setiap tahun di Kingdom of Bahrain. Tahun ini lebih daripada 500 pegawai-pegawai menghadiri dialog tersebut. Ia berperanan sebagai komponen utama dalam rangka keselamatan Timur Tengah yang menyediakan platform bagi negara-negara yang ikut serta untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu dan cabaran serantau.



Attachments