Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE MINISTER OF DEFENCE MALAYSIA


ISTANA NURUL IMAN, Tuesday, 09 July 2024 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Minister of Defence Malaysia. The Audience Ceremony took place at Istana Nurul Iman.

Accompanying Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Minister of Defence, Malaysia were Mrs Nur Ezira Mahadi, Charge d’Affaires, High Commission of Malaysia in Brunei Darussalam and senior officials from the Ministry of Defence Malaysia. 

Brunei Darussalam and Malaysia have established close and friendly bilateral relations, marking a significant milestone with 40 years of diplomatic relations this year in which defence cooperation between the two countries was first established through the signing of a Memorandum of Understanding in Defence Cooperation on 14 February 1992. 

Both countries have been engaged in various bilateral cooperation including the Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting, joint military exercises, course programs, and actively participates in multilateral cooperation such as the ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM), underscoring their commitment to regional security cooperation. 

Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Minister of Defence, Malaysia and his delegation are currently in Negara Brunei Darussalam for a two-day official visit from 8 to 9 July 2024.










KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA 

ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 09 Julai 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Menyertai Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia ialah Puan Nur Ezira Mahadi, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan Malaysia. 

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah menjalinkan hubungan dua hala yang erat dan mesra serta akan melakar detik bersejarah sempena hubungan diplomatik ke-40 tahun pada tahun ini ​​yang mana kerjasama pertahanan di antara kedua buah negara telah mula dimeterai melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 14 Februari 1992.

Kedua buah negara telah terlibat dalam pelbagai kerjasama dua hala termasuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama, latihan ketenteraan bersama, dan program kursus serta aktif dalam kerjasama pelbagai hala khususnya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang menegaskan komitmen kedua buah negara terhadap kerjasama keselamatan serantau. 

Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi selama dua hari mulai 8 hingga 9 Julai 2024.

Attachments