Skip Ribbon Commands
Skip to main content
TITIAN AMAL PROJECT HANDOVER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 63rd ANNIVERSARY AT KAMPONG GATAS, MUKIM LABI, BELAIT DISTRICT

MUKIM LABI, Monday, 21st April 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a handover ceremony for the Titian Amal Project in conjunction with the RBAF’s 63rd Anniversary. The ceremony took place at the residence of Yang Mulia Lance Corporal (Retired) Japar bin Duraman located in Kampong Gatas, Mukim Labi, Belait District. 

The ceremony was officiated by the Guest of Honour, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. 

Also present were Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, Member of the Legislative Council, the Acting Belait District Officer, the Acting Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Services Deputy Commanders, Military and Civilian Directors of the Ministry of Defence, Senior RBAF Officers, the Acting Head of Kampung Labi 1 and members of the RBAF Veterans Association.

The event began with a recitation of Surah Al-Fatihah and a Tazkirah, led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the Religious Directorate, followed by a progress report on the project’s implementation from 19th August 2024 to 18th April 2025 delivered by Yang Mulia Captain Haji Norbahrin bin Haji Muamad, Royal Brunei Navy, the Chairman of Community of the RBAF’s 63rd Anniversary. 

The Commander of the RBAF then presented a commemorative plaque and a contribution from the RBAF Welfare Fund to Yang Mulia Lance Corporal (Retired) Japar bin Duraman, symbolising the successful completion of the project. The ceremony then concluded with a group photo session.

The Titian Amal Project is one of the annual initiatives held in conjunction with the RBAF Anniversary. It aims to strengthen ties between the RBAF and the community. At the same time, it also aims to contribute to national capacity-building, instil compassion, and volunteerism, as well as foster stronger bonds between the RBAF personnel, government agencies, non-governmental organisations and the local community through charitable and welfare initiatives.








MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63 DI KAMPUNG GATAS, MUKIM LABI, DAERAH BELAIT

Mukim Labi, Isnin, 21 April 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-63. Majlis tersebut berlangsung di kediaman Lans Koperal (Bersara) Japar bin Duraman di Kampung Gatas, Mukim Labi, Daerah Belait. 

Majlis tersebut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera dan Pengarah-pengarah Tentera dan Awam di Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan ABDB, Pemangku Ketua Kampung Labi 1 dan Ahli-ahli Persatuan Veteran ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB, sebelum diteruskan dengan penyampaian perkembangan projek terkini daripada Yang Mulia Kepten Haji Norbahrin bin Haji Muamad, Tentera Laut Diraja Brunei, selaku Pengerusi Aktiviti Kemasyarakatan sempena Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-63. 

Yang Mulia Pemerintah ABDB kemudiannya menyampaikan plak cenderahati dan sumbangan daripada Tabung Kebajikan ABDB kepada Yang Mulia Lans Koperal (Bersara) Japar bin Duraman sebagai simbolik kepada kejayaan perlaksanaan projek ini. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Projek Titian Amal adalah merupakan salah satu inisiatif tahunan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara ABDB dan masyarakat. Ia juga berperanan dalam usaha kepada pembangunan kapasiti nasional,  memupuk rasa ihsan dan semangat kesukarelawanan, dalam masa yang sama, memupuk hubungan silaturahim antara warga ABDB, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. 


Attachments